Sokonglah Kontinjen Paralimpik Malaysia Di Rio - Khairy

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2016 12:03 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia seharusnya menyokong atlet negara yang mengambil bahagian dalam Sukan Paralimpik Rio 2016, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

"Sokonglah mereka dalam Sukan Paralimpik Rio akan datang. Mereka luar biasa. Dan saya yakin mereka akan mencipta sejarah yang luar biasa di Paralimpik Rio 2016," katanya di Facebook pada Ahad malam.

Beliau berterima kasih kepada semua yang menyampaikan pandangan dan komen mengenai para atlet Paralimpik negara di media sosial. 

"Saya sangat gembira sebab sekian lama mereka tidak dapat perhatian sepertimana mereka dapat hari ini daripada 'netizens' Malaysia," kata Khairy.

Khairy turut memberitahu bahawa video mengenai pelumba Ridzuan Puzi yang memenangi pingat emas dalam acara 100m T36 (cerebral palsy) adalah kemenangan di Kejohanan Olahraga Dunia IPC 2015 di Doha, Qatar.

"Posting-posting yang tersebar luas berkenaan kejayaan mereka seolah-olah mereka tidak diberi perhatian mahupun pengiktirafan oleh kerajaan sepertimana yang diberi kepada para atlet Olimpik tempoh hari.

"Sebenarnya, video itu daripada tahun 2015 di Kejohanan Olahraga Dunia IPC 2015 dan bukannya di Paralimpik 2016. Paralimpik 2016 yang dianjurkan di Rio belum bermula lagi. Kontinjen Paralimpik Malaysia belum berlepas lagi (mereka berlepas esok) dan saya baru sahaja berjumpa dengan mereka petang tadi ," kata Khairy.

Sukan Paralimpik Rio dari 7 hingga 18 September ini.

Mengenai Ridzuan, Khairy berkata, pencapaiannya diiktiraf dan diraikan dalam pelbagai acara.

Tambah Khairy, beliau berjumpa dengan kontinjen Paralimpik negara dan mengulangi komitmen beliau bahawa nilai pingat mereka sama dengan pingat di Olimpik dan mereka juga akan dapat elaun bulanan sepanjang hayat (pencen) sekiranya menang pingat sepertimana atlet 'biasa'.

"Beliau diberikan imbuhan yang sama seperti atlet 'biasa' (sejak saya dilantik Menteri Sukan insentif kemenangan bagi atlet 'biasa' dan atlet Para atau OKU adalah sama rata). Beliau menang anugerah di Anugerah Sukan Negara yang disiarkan secara langsung. 

"Sama juga untuk atlet para yang lain seperti Felicia Mikat, juga dinobatkan di Anugerah Sukan Negara," ujar Khairy.

Mikat yang berusia 17 tahun dengan masalah penglihatan memenangi pingat emas bagi acara 100m, 200m dan 400m wanita temasya Sukan Para Asean 2015 di Singapura pada 2015.

Khairy turut menafikan kurangnya publisiti terhadap atlet Paralimpik.

"Kalau semak akaun Facebook saya, memang sentiasa saya mempromosikan atlet Paralimpik Malaysia yang luar biasa. Saya telah tulis tentang perubahan dasar supaya mereka diberikan insentif atau imbuhan yang sama pada 2013. Tapi mungkin ramai yang tak sempat baca.

"Apapun, saya gembira sebab walaupun ada yang kecam saya dengan fakta dan andaian tidak tepat, sekurang-kurangnya ramai yang mula pandang kepada para atlet OKU kita. Saya harap sokongan ini berterusan.

"Tak apa kalau anda tidak suka saya dan kerajaan, tetapi janganlah kata kami tak pedulikan mereka," kata Khairy.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan