Hanya 40 Peratus Rakyat Amal Budaya Sukan

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2016 8:38 PM

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin ketika sidang akhbar mengenai Hari Sukan Negara 21 Kilometer 2016 (HSN21KM) selepas pelancaran HSN21KM di Menara Kementerian Belia dan Sukan, Isnin. Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd Datuk Radzaif Mohamed (kanan). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia secara amnya masih belum mengamalkan budaya sukan secara menyeluruh, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau, hanya 40 peratus jumlah penduduk negara ini yang mengamalkan gaya hidup sihat dan membudayakan sukan dalam kehidupan mereka.

"Maka tidak hairanlan jika kita lihat kepada negara-negara maju seperti Australia, Jepun, United Kingdom dan lain-lain, mereka mampu berjaya menjadi pemenang pingat yang banyak di Sukan Olimpik kerana rakyatnya membudayakan sukan.

"Bagaimana kita hendak mencari pengganti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David, Azizulhasni Awang dan Pandelela Rinong sekiranya rakyat tidak bersukan.
Kita tidak tahu bila akan muncul atlet yang setanding mereka yang mempunyai prestasi cemerlang selepas ini," katanya semasa berucap melancarkan acara marathon HSN21KM di Galeri KBS, di sini Isnin.

Katanya penganjuran Hari Sukan Negara umpamanya, adalah bagi mencetus gelombang untuk membentuk budaya bersukan dalam kalangan rakyat di negara ini.

"Kita (Kementerian Belia dan Sukan) sasarkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan dengan lebih 60 peratus rakyat libatkan diri dalam aktiviti kecergasan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu," katanya dalam sidang akhbar selepas itu.

Katanya, masalah obesiti yang menjadi penyebab kepada penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis dalam kalangan rakyat di negara ini adalah semakin meruncing.

"Ini disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat dan penyertaan dalam sukan yang sangat kurang," katanya.

Tujuan Kementerian Belia dan Sukan menyediakan pelbagai program seperti FitMalaysia, Hari Sukan Negara dan pelbagai lagi program adalah untuk mencetuskan gelombang penyertaan rakyat dalam sukan dan kecergasan, katanya.

"Ia adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mengubah gaya hidup dan  menjadikan Malaysia negara bersukan.

"Adalah menjadi harapan saya...bila kita ada rakyat yang cergas, yang membudayakan sukan, ia boleh menyediakan ekosistem yang membolehkan kita melahirkan lebih ramai lagi atlet-atlet yang boleh mengharumkan nama negara kita," kata Khairy.

Tags / Kata Kunci: budaya sukan , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan