KJ Harap YSD Terus Taja Pocket Rocketman

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2016 4:00 PM

Azizulhasni Awang. Foto AP

Azizulhasni meraih pingat gangsa dalam acara final keirin Olimpik, Rio.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memberi jaminan kepada atlet berbasikal negara, Azizulhasni Awang bahawa Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) boleh menampung pembiayaannya dalam menghadapi kejohanan musim baharu jika Yayasan Sime Darby (YSD) tidak memperbaharui kontrak penajaan mereka.

Namun, beliau berharap agar YSD dapat meneruskan penajaan terhadap pemenang pingat gangsa itu sebelum ini kerana peruntukan kerajaan yang dikhaskan untuk sukan berbasikal tersebut boleh disalurkan kepada sukan lain.

"Seelok-eloknya YSD teruskan (tajaan) kerana mereka sudah dapat pulangan menerusi kejayaan Azizul bawa pulang pingat gangsa.

"Saya tengok sendiri dalam sukan keirin bukan senang bagi Azizul, semua pelumba pada aksi final datang dari Eropah dan dia satu-satunya wakil dari benua Asia.

"Dia juga pelumba 'paling tinggi' dalam aksi final yang dapat menyumbang pingat gangsa. Saya amat bangga dengan pencapaiannya," kata Khairy.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meraikan kepulangan wira dan wirawati negara yang beraksi pada Sukan Olimpik Rio di Kompleks Bunga Raya pada petang Rabu.

Menurut Khairy, beliau masih belum dimaklumkan oleh YSD berhubung khabar angin sama ada mereka mahu mengurangkan atau menamatkan penajaan terhadap Azizulhasni.

"Saya tak dapat atau terima apa-apa pandangan daripada YSD bahawa mereka mahu kurangkan atau hentikan tajaan kepada Azizul.

"Namun kalau YSD tak teruskan, bila-bila masa sahaja MSN dan ISN boleh ambil alih," katanya.

Baru-baru ini, Azizulhasni yang dikenali dengan jolokan Pocket Rocketman memberitahu kontrak penajaan YSD untuk dirinya dan pelumba wanita negara, Fatehah Mustapa akan berakhir penghujung bulan ini.

YSD menaja skuad trek negara termasuk Azizulhasni sejak 2009 hingga 2012 bagi menghadapi Olimpik London dengan penajaan berjumlah RM2 juta.

Selepas menamatkan Olimpik London tanpa sebarang pingat, YSD terus melanjutkan penajaan menghadapi kempen di Rio dengan nilai tajaan RM2.85 juta.

Malah pada masa sama Azizulhasni juga penerima biasiswa YSD Star berjumlah RM456,000 untuk pengajiannya di Universiti Victoria Melbourne.

Justeru, beliau menaruh harapan lebih ramai syarikat swasta berminat menaja skuad berbasikal negara agar mereka dapat meneruskan cabaran di pentas antarabangsa.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan