Perjuangan Pertahan Gangsa Terjejas Kerana Kecederaan - Pandelela

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 7:01 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg mengakui usaha untuk mempertahankan pingat gangsa dalam acara 10 meter platform individu di Olimpik, Rio terjejas akibat kecederaan yang dialaminya.

Atlet kelahiran Sarawak itu berkata, beliau masih bergelut dengan kecederaan di bahagian belakang dan bahunya.

"Saya akui persediaan untuk Rio tidak begitu bagus, prestasi saya jadi turun naik akibat kecederaan ini," katanya pada sidang media di Kompleks Bunga Raya di sini sebaik tiba di tanah air petang Rabu.

Bagaimanapun, Pandelela berpuas hati dengan pencapaiannya meraih pingat perak dalam acara 10m platform seirama wanita bersama Cheong Jun Hoong.

"Untuk persiapan ke Rio saya juga sering bertukar gandingan tapi saya gembira kerana berjaya menang pingat perak," katanya.

Pandelela dan Jun Hoong mempamerkan aksi yang konsisten sejak awal dengan mengumpul 344.34 mata selepas lima terjunan di Pusat Akuatik Maria Lenk di Rio, Brazil.

Ditanya mengenai misi di Olimpik, Tokyo pada tahun 2020, Pandelela berkata beliau akan berusaha keras memperkemaskan teknik terjunannya dengan bantuan lebih ramai jurulatih berpengalaman dari China.

"Saya harap tiada halangan besar untuk tempoh empat tahun lagi. Lagipun YB KJ (Khairy Jamaluddin) beritahu akan ambil lebih ramai jurulatih dari China untuk sukan terjun," katanya.

Pada masa sama, atlet berusia 23 tahun itu berkata beliau akan berehat selama 10 hari sebelum kembali memulakan latihan.

Tags / Kata Kunci: Olimpik , Rio , Bunga Raya

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan