Dhabitah Lupakan Olimpik, Fokus SPM

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 7:34 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Penerjun Negara, Nur Dhabitah Sabri mengakui perlu melupakan kenangan indah di Olimpik Rio kerana perlu memberi perhatian terhadap pembelajaran.

Atlet termuda Malaysia ke Olimpik yang berusia 17 tahun itu berkata, beliau kini perlu berusaha sebaik mungkin bagi mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Tahun ini saya akan ambil SPM, jadi memang perlu lakukan yang terbaik.

"Saya kena ulangkaji semula pelajaran yang tertinggal supaya dapat lulus cemerlang dalam peperiksaan nanti," katanya kepada pemberita di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Rabu.

Selain itu, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil ini berkata beliau berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke universiti dengan keputusan cemerlang.

"Memang berhasrat untuk sambung belajar (ke universiti) tetapi biarlah keluarga saya yang merancang hala tuju saya selepas ini.

"Sebenarnya keluarga saya sentiasa menyokong dari belakang dengan keputusan yang bakal diambil, doakan kejayaan saya,” ujarnya.

 

Tags / Kata Kunci: Olimpik , SPM , Dhabitah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan