Atlet Tak Tanya Soal Ganjaran, Berjuang Demi Negara - KJ

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2016 5:55 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

SEPANG: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendedahkan kontinjen Olimpik negara tidak pernah berbicara mengenai ganjaran yang akan mereka terima daripada kerajaan sewaktu berada di Rio de Janeiro, Brazil.

"Saya berada di Rio selama seminggu lebih, tidak ada seorang pun atlet yang tanya ataupun bincang soal ganjaran.

"Setiap kali saya berjumpa dengan mereka, tidak pernah seorang pun bertanya bila akan dapat insentif atau jumlah tambahan yang akan diperolehi sebab bagi mereka yang penting adalah berjuang untuk memenangi pingat semata- mata demi negara," katanya.

Khairy berkata demikian pada sidang media selepas majlis menyambut kontinjen Olimpik negara di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini petang Rabu.

Tambah Khairy, beliau sempat berbincang bersama jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengenai tambahan ganjaran bagi memberi motivasi untuk pemain itu meraih pingat emas.

Namun Chong Wei menolak dari berbicara mengenai perkara tersebut kerana fokus utamanya hanya ingin mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

"Sebelum perlawanan akhir, saya tanya dia mungkin jika tambah insentif kita akan dapat sesuatu dari pemain.

"Chong Wei kata jangan, kerana kita buat semua untuk negara, tidak perlu bincang soal ini," katanya.

Pada masa sama, Khairy memaklumkan kejayaan atlet di Rio merupakan pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaan Malaysia kerana sebanyak 25 peratus dari jumlah keseluruhan 32 kontinjen meraih pingat di Sukan Olimpik.

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan ganjaran tambahan sebanyak RM200,000 kepada semua atlet yang memenangi pingat pada Sukan Olimpik di Rio ketika menyambut ketibaan kontinjen negara ini.



iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan