THT Langkah Kanan - Sukan Ekstra | mStar

THT Langkah Kanan

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2016 3:50 PM

Pemain THT, Mohd Fitri Saaril (kiri) cuba diasak pemain pertahanan Maybank.- foto ZABIDI TUSIN/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan Hoki Terengganu (THT) memulakan langkah kanan apabila berjaya mengalahkan Maybank 5-1 dalam liga hoki Piala TNB/MHL, di Stadium Hoki Batu Buruk di sini, malam Ahad.

Jurulatihnya Sargit Singh berkata kejayaan tersebut menyaksikan THT berjaya  bangkit selepas tewas kepada Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) dalam pertandingan Piala Sumbangsih 1-2 di gelanggang sama, pada Jumaat.

"Saya amat gembira kerana pemain saya bermain mengikut arahan dan perancangan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan berkenaan di sini.

Menurut Sargit yang juga bekas jurulatih pasukan hoki kebangsaan, sasaran THT ialah untuk mempertahankan kejuaraan kedua-dua piala berkenaan.

Katanya, THT telah menggunakan banyak teknik menyerang dalam perlawanan tersebut, tidak seperti perlawanan ketika bertemu KLHC kerana pemain-pemain masih menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Sargit berkata babak awal permainan, pertahanan THT agak longgar dan ia membuka ruang kepada Maybank menjaringkan gol melalui serangan balas, namun THT berjaya menyamakan kedudukan.

"Selepas gol penyamaan itu, pemain kami mula menunjukkan keyakinan dan kita menguasai permainan sehingga akhir perlawanan," katanya.

Untuk rekod, tahun ini THT telah menggunakan enam pemain import, masing-masing tiga dari Korea, Argentina (dua) dan seorang Pakistan dalam usaha untuk mengekalkan kejuaraan pasukan berkenaan.

Liga hoki Piala TNB/MHL bermula 19 Ogos lepas dan berakhir 25 September depan. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Piala TNB/MHL , THT
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan