Olimpik Rio 2016 Pencapaian Terbaik Negara - KJ

Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2016 8:12 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memuji kontijen Olimpik Malaysia di atas pencapaian terbaik pada temasya empat tahun sekali di Rio de Janeiro, Brazil itu.

"Sukan Olimpik Rio menutup tirai hari ini. Kontinjen negara pulang dengan 5 pingat: 4 perak dan 1 gangsa.

"Ini pencapaian yang terbaik oleh kontinjen Malaysia dalam sejarah penyertaan kita dalam temasya Olimpik," kata Khairy menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya pada Ahad.

Khairy berkata walaupun lagu Negaraku masih tidak berkumandang di Sukan Olimpik, beliau tetap berbangga dengan pencapaian atlet negara.

"Mereka berjaya menyatukan rakyat dan memberi sinar harapan kepada semua tak kira bangsa, usia mahupun latar belakang," katanya.

Menurut Khairy, beliau tahu Datuk Lee Chong Wei sangat sedih dengan keputusan final badminton perseorangan lelaki, berat mata memandang lagi berat bahu yang memikul harapan negara selama lebih sepuluh tahun.

"Kepada Chong Wei, anda tetap kebangaan negara. Anda tetap hero kami, rakyat Malaysia. Terima kasih kerana berjuang habis-habisan selama ini. Anda mendapat penghormatan setiap seorang rakyat Malaysia," katanya.

Pada masa sama Khairy turut mengucapkan tahniah dan terima kepada atlet yang memenangi pingat: badminton beregu lelaki Goh V Shem dan Tan Wee Kiong, badminto beregu campuran Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon, penerjun Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dan atlet berbasikal Azizulhasni Awang.

"Tahniah dan terima kasih kerana menjadi kebangaan negara, berdiri diatas pentas dunia sebagai juara.

"You're all the best and you have inspired generations of Malaysian athletes to come," katanya.

Bagaimanapun, tegas Khairy, tumpuan pada masa ini mesti beralih kepada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Perancangan kearah 2020 telah bermula dengan pelancaran Program Podium pada Februari tahun ini.

"Saya akan tekankan lagi pembangunan para atlet pelapis dan penerapan sains sukan melalui Program Podium dan Program Kita Juara.

"Saya yakin dengan perancangan yang baik, Tokyo 2020 akan mengakhiri penantian Malaysia untuk mendapat pingat emas," katanya.

Sementara itu, Khairy turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek yang telah mulakan Program Road to Rio selepas London 2012; Ketua Kontinjen, Tan Sri Alamin serta jurulatih dan pegawai terlibat.

"Sekali lagi tahniah kepada wira-wirawati negara. I will look back on Rio years from now with tears in my eyes and pride in my soul. Because you all made me believe that we can achieve greatness and a nation united," tambahnya lagi.

Untuk rekod, skuad badminton negara menyumbangkan tiga pingat perak kepada Malaysia melalui acara yang diwakili Chong Wei, selain acara beregu lelaki dan beregu campuran.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan