Farah Ungguli Acara 5,000m

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2016 10:02 AM

Mo Farah.

(Ubah saiz teks)

PELARI Great Britain, Mo Farah memenangi pingat emas keempat Sukan Olimpik apabila menjadi atlet lelaki kedua dalam sejarah mempertahankan gelaran juara acara 5,000 meter (m) dan 10,000m.

Farah, 33, memenangi acara final 5,000m di Rio untuk melebarkan penguasaannya sebagai atlet trek Britain paling berjaya di Olimpik sepanjang zaman.

Dia menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 13 minit 3.30 saat.

"Mengulangi kejayaan di Rio amat menakjubkan. Saya sukar mempercayainya," kata Farah.

Farah membantu Britain meraih pingat emas ke-27 di Rio dan pingat ke-65 secara keseluruhannya sekali gus menyamai jumlah kutipan pingat yang diraih di London pada 2012.

Britain berjaya mengatasi rekod tersebut apabila pasukan wanitanya menyumbang pingat gangsa dalam acara 4x400m.






Tags / Kata Kunci: Mo Farah , Sukan Olimpik 2016

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan