Olimpik: Tze Liang Gagal Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2016 9:19 AM

Ooi Tze Liang.

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Juara Sukan Komanwel, Ooi Tze Liang gagal layak ke separuh akhir acara 10m platform lelaki pada Olimpik Rio pada Jumaat.

Namun penerjun elit berusia 22 tahun ini yang menjalani pembedahan tulang kering kaki kiri pada November tahun lepas tidak sedih selepas menduduki tempat ke-22 dengan 379.50 mata.

"Saya datang dengan persediaan mental untuk menikmati Olimpik," katanya yang merupakan satu-satunya penerjun negara yang gagal layak ke Olimpik London 2012.

Hanya 18 daripada 28 penerjun layak ke separuh akhir esok pada 10 pagi waktu tempatan (7 malam waktu M'sia) dan 12 penerjun yang bakal ke pusingan akhir enam jam kemudian.

Walaupun tidak mencapai kejayaan, beliau berkata beliau berpuas hati dan gembira dapat bertanding di pentas besar.

"Saya tidak lakukan latihan sempurna selama enam bulan selepas pembedahan dan saya juga gagal mendapat kelulusan perubatan untuk bertanding pada kejohanan Piala Dunia FINA di venue yang sama di Pusat Akuatik Maria Lenk pada Februari lalu," kata Tze Liang.

Penerjun Britain, Thomas Daley di kedudukan teratas dalam pusingan awal dengan 571.85 mata diikuti dua penerjun China - Qui Bo (654.74) dan 545.35 mata oleh Chen Aisen.

Selain Tze Liang, seorang lagi penerjun negara Ahmad Amsyar Azman turut gagal melepasi pusingan awal dalam acara 3m papan anjal.

Acara terjun memberi pingat pertama negara iaitu perak menerusi Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong dalam acara 10m platform serentak.

Malaysia setakat ini memungut tiga perak dan satu gangsa daripada atlet berbasikal Azizulhasni Awang.

Dua lagi perak diperoleh dalam acara badminton daripada beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan pasangan beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong. -  BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan