Olimpik Rio Pencapaian Terbaik Atlet Negara - Dr M. Jegathesan

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2016 8:47 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Prestasi atlet Malaysia pada Sukan Olimpik Rio merekodkan satu pencapaian terbaik yang pernah dilakukan walaupun sebelum mengambil kira keputusan acara badminton perseorangan lelaki dan juga beregu.

Malaysia meraih empat pingat setakat ini - tiga perak menerusi gandingan penerjun negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara terjun 10 meter platform seirama, pasangan beregu badminton campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan gandingan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong serta gangsa sumbangan pelumba berbasikal negara, Azizulhasni Awang.

Ia merupakan pencapaian luar jangkaan skuad negara pada temasya empat tahun sekali itu.

"Skuad negara sedia ada sudah melepasi pencapaian terbaik yang pernah dilakarkan sebelum ini. Jadi ini sudah tentu satu pencapaian membanggakan," kata bekas pelari pecut negara, Tan Sri Dr M. Jegathesan dalam satu temubual.

Sebelum ini, Malaysia berupaya membawa pulang pingat dalam empat lagi temasya Sukan Olimpik iaitu di Barcelona pada 1992 (satu gangsa), Atlanta pada 1996 (satu perak dan satu gangsa), Beijing pada 2008 (satu perak) dan London pada 2012 (satu perak dan satu gangsa).

Dr Jegathesan yang lebih dikenali sebagai Flying Doctor masih memegang rekod kebangsaan iaitu 20.92 saat dalam acara 200 meter yang diciptanya pada aksi final Olimpik Mexico pada 1968.

Beliau juga merupakan chef de mission pada Olimpik Athens 2004.

Menurut Dr Jegathesan, apa yang untuk diberi perhatian adalah Malaysia kini menang pingat dalam lebih banyak acara.

Sebelum Pandelela Rinong menghadiahkan pingat gangsa dalam acara 10 meter papan anjal pada Olimpik London 2012, negara hanya mengharapkan kutipan pingat menerusi acara badminton.

"Kali ini, ia bukan sahaja jumlah kutipan pingat meningkat tetapi kita menang lebih banyak acara. Ini merupakan petanda baik untuk pembangunan sukan di Malaysia," katanya.

Bekas atlet berusia 72 tahun itu pada awalnya teragak-agak untuk bercakap mengenai prestasi Malaysia kerana beliau mengharapkan negara berupaya memenangi lebih banyak pingat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Dr Jegathesan yang mengambil bahagian dalam tiga temasya Olimpik berturut-turut - 1960 di Rome, 1964 (Tokyo) dan 1968 (Mexico) berkata negara kini perlu menyenaraikan beberapa sukan lain yang ada prospek pingat selepas mengambil kira prestasi skuad negara yang semakin cemerlang.


iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan