Malaysia Sasar Juara Keseluruhan Sukan SEA 2017

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2016 2:00 AM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan (empat, kiri) merasmikan Sambutan Setahun ke Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 atau Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Jumaat malam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sasaran juara keseluruhan ditetapkan untuk atlet Malaysia yang bakal bersaing di gelanggang sendiri pada temasya Sukan SEA Ke-29, setahun dari sekarang.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan kerana percaya dengan sokongan peminat sukan negara dan sebagai tuan rumah kejohanan dwi tahunan itu kali ini ia boleh menjadi kenyataan.

"Temasya sukan kali ini bukan sahaja untuk muncul juara keseluruhan di gelanggang sendiri, tetapi juga untuk menganjurkan temasya yang terbaik untuk sukan dwi-tahunan ini", katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Sambutan Setahun ke Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di sini, pada Jumaat.

Turut hadir bersama dalam majlis itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif KL2017, Datuk Seri Zolkples Embong.

Bagi merealisasi kelancaran temasya sukan tersebut, koordinasi bersepadu antara semua pihak penting supaya persiapan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan menyelia penganjuran KL2017 dengan lebih teliti termasuk persiapan atlet negara dan ahli jawatankuasa kecil yang lain.

Komitmen itu disampaikan menerusi rakaman video sebelum berlepas ke Sukan Olimpik Rio, di Brazil.

Tahun hadapan merupakan kali keenam Malaysia dipilih menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan Sea selepas kali terakhir menganjurkan temasya ini pada 2011.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan