Isinbayeva Umum Persaraan

Diterbitkan: Sabtu, 20 Ogos 2016 2:46 PM

Yelena Isinbayeva.

(Ubah saiz teks)

RATU lompat bergalah Rusia, Yelena Isinbayeva mengumumkan persaraannya daripada arena olahraga pada satu sidang media di Rio de Janeiro.

Isinbayeva mencipta 28 rekod dunia sepanjang kariernya dan bertanding dalam tiga Sukan Olimpik - Athens 2004 dan Beijing 2008 di mana dia memenangi emas dan meraih gangsa di London 2012.

Namun atlet berusia 34 tahun itu tidak bersaing di Rio pada kali ini susulan penggantungan Rusia dalam acara trek dan padang oleh Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) berkaitan skandal doping yang menyelubungi negara tersebut.

Satu-satunya atlet tunggal Rusia yang dibenarkan beraksi di Rio adalah ratu lompat jauh, Darya Klishina yang menetap dan berlatih di luar Rusia.

Klishina menduduki tempat kesembilan dalam pertandingan itu.

Pada Khamis Isinbayeva dipilih sebagai ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk atlet meskipun masih menjalani hukuman penggantungan.

Sebagai ahli suruhanjaya itu, beliau menegaskan akan melakukan apa sahaja demi atlet Rusia agar dapat kembali beraksi di pentas antarabangsa.

"Sudah tentu saya amat gembira saya dipilih. Ia adalah kemenangan untuk negara kita.

"Kami akan mengembalikan semula persekutan ke peringkat antarabangsa. Atlet kita akan bertanding semula. Saya akan melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat itu," katanya.





iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan