Peng Soon Bakal Terima Ganjaran RM150,000

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2016 9:31 AM

Chan Peng Soon

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pemain badminton negara Chan Peng Soon akan menerima RM100,000 daripada kerajaan Pulau Pinang dan RM50,000 lagi dari sebuah pusat beli-belah di sini kerana telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir acara beregu campuran di sukan Olimpik.

Ketua Menteri Lim Guan Eng di laman Facebook rasminya berkata pasangan Peng Soon, Goh Liu Ying, dari Melaka, juga akan diberi ganjaran RM25,000 oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata sumbangan itu adalah bagi mengiktiraf usaha pasangan berkenaan.

Pengasas Hunza Group Datuk Seri Khor Teng Tong akan memberikan hadiah peribadi, wang tunai berjumlah RM50,000 bagi pencapaiannya dalam sukan Olimpik.

"Ia sebagai satu tanda galakan terhadap dedikasi dan kerja keras Chan," kata Teng Tong.

Peng Soon dan Liu Ying memenangi pingat perak dalam perlawanan itu.

Kerajaan Melaka juga telah mengumumkan insentif RM50,000 untuk pasangan ini.

Sementara itu, pengendali rangkaian maya mudah alih XOX Bhd mengumumkan bahawa pasangan itu akan diberi ganjaran wang tunai RM60,000.

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan