Pandelela, Nur Dhabitah Mara Ke Final

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2016 10:40 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

RIO DE JANEIRO: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri mara ke peringkat akhir acara terjun 10 meter platform individu Sukan Olimpik Rio di Pusat Akuatik Maria Lenk, di sini Khamis.

Dalam aksi separuh akhir bagi menentukan 12 peserta yang layak ke peringkat akhir, Pandelela yang juga pemenang pingat gangsa acara ini di Sukan Olimpik London 2012, menamatkan aksinya di kedudukan keenam selepas mengumpul 336.95 mata.

Nur Dhabitah, 17, atlet paling muda dalam kontinjen negara di temasya Olimpik kali ini, pula mengumpulkan 307.65 mata daripada lima terjunan untuk mengesahkan tempatnya di final selepas berada di posisi ke-11.

Kesemua 12 peserta teratas daripada 18 atlet yang beraksi di separuh akhir, akan bertarung di peringkat akhir yang dijadualkan pada pukul 4 petang Khamis waktu tempatan (3 pagi Jumaat waktu Malaysia).

Wakil China, Si Yajie mendahului peserta lain dengan 389.320 mata diikuti penerjun Amerika Syarikat, Jessica Parratto (367) dan seorang lagi atlet China, Ren Qian (362.40).

Pandelela memburu pingat keduanya di Rio selepas meraih perak dalam acara 10m platform seirama berganding dengan Cheong Jun Hoong, minggu lalu. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Pandelela Rinong , Nur Dhabitah Sabri

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan