Olimpik: Debaran Aksi Separuh Akhir 10M Individu Pandelela

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2016 3:43 PM

Pandelela layak ke aksi separuh acara 10 meter individu yang bakal berlangsung Khamis malam.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas berdebar-debar menyaksikan perlawanan akhir acara badminton beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang terpaksa akur dengan kepantasan pasangan Indonesia sekaligus menyumbangkan pingat perak untuk kontinjen Malaysia.

Biarpun tewas, kejayaan meraih pingat perak itu menjadi sejarah baharu bagi sukan badminton negara yang hanya sebelum ini harapan pingat lebih tertumpu kepada jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei.

Namun hari ini (Khamis) peminat-peminat sukan tanah air bakal mengalami sekali lagi debaran apabila ratu terjun tanah air, Pandelela Rinong kembali ke kolam meneruskan aksi separuh akhir acara 10 meter individu bersama Nur Dabitah Sabri.

Sebelum ini atlet kelahiran Bumi Kenyalang itu berjaya mengibar Jalur Gemilang di bumi Brazil apabila meraih pingat perak pertama negara bersama gandingannya Cheong Jun Hoong dalam acara 10 meter platform seirama wanita.

Pada aksi kelayakan acara individu sebelum ini, Pandelela menduduki tempat keenam, manakala Nur Dhabitah Sabri berada di tangga kelapan. 

Pandelela pastinya akan melakukan terjunan terbaik bersaing dengan 17 lagi pencabar yang layak ke saingan ini bagi memastikan slot akhir menjadi miliknya.

Sebagai rekod, penerjun berusia 23 tahun ini merupakan pemenang pingat gangsa dalam acara ini ketika aksi di London 2012 dengan mengumpul 332.45 mata dengan lima terjunan.

Aksi separuh akhir ini bakal berlangsung pada pukul 9malam (waktu Malaysia) diikuti dengan pusingan akhir 12 penerjun pada pukul 3 pagi waktu Malaysia.

Tags / Kata Kunci: Pandelela Rinong

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan