MMA: E.T - Ruthless Bakal Berentap

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 10:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peminat sukan seni mempertahankan diri negara bakal menyaksikan pertarungan sengit acara Gabungan Seni Mempertahankan Diri (MMA) melibatkan bintang negara, E.T. Ting  bertemu “Ruthless” Rob Lisita of Campbelltown dalam persaingan One: Unbreakable Warriors di Stadium Negara pada 2 September ini.

Nama E.T dalam dunia MMA  bukan asing lagi memandangkan pemuda berusia 27 tahun ini sudah banyak mencipta nama dalam karier professionalnya bagi kategori featherweight.

Catatan rekod cemerlang 11-3, menjadikan E.T antara atlet MMA yang berbakat di Malaysia, malah menjadi sebutan lawannya sebelum ini.

Dengan pengalaman latihan  berpengkalan di New Zealand, sudah pasti anak kelahiran ibu negara ini bakal menunjukkan aksi luar biasa, lebih-lebih lagi di hadapan penonton sendiri apabila berdepan  pencabar dari Australia berusia 33 tahun itu.

"Saya telah menjalani latihan bersama pasukan terbaik dan ia memberi keyakinan  untuk menyahut cabaran dalam pertarungan ini.

"Biarpun saya sedar Rob mempunyai tahap keyakinan yang tinggi serta kelihatan lebih garang, ia tidak akan menggugat perasaan saya kerana saya akan berjuang dengan  penuh bersemangat," jelasnya pada sidang media One: Unbreakable Warrior pada Rabu.

Dengan rekod 14 menang dan lapan kalah, pastinya pertarungan lebih sengit untuk berdepan dengan wakil negara yang hanya mencatat tiga kekalahan setakat ini.

"Saya teruja untuk kembali bertarung di gelanggang yang sama  sebelum ini. Sudah pasti persaingan ini bakal memberi sesuatu yang menarik dan saya  akan memberi tentangan yang hebat nanti," jelasnya.

Pertarungan persembahan ini bakal berlangsung dalam tiga pusingan yang menjadikan aksi ini lebih menarik memandangkan kedua-dua peserta perlu menggunakan kelebihan atau kepakaran tersendiri untuk menewaskan lawan masing-masing.
Tags / Kata Kunci: MMA , E.T. Ting , Ruthless

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan