Chong Wei Menang Mudah, Tempah Tiket Separuh Akhir

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 8:15 PM

Datuk Lee Chong Wei. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Datuk Lee Chong Wei mudah mara ke separuh akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik Rio apabila menundukkan pemain Taiwan, Chou Tien Chen di Pavilion 4, Riocentro di sini, Rabu.

Meneruskan momentum kemenangan dalam usaha mendapatkan pingat emas, Chong Wei terus melebarkan rekod pertemuan 5-0 ke atas Tien Chen selepas menang 21-9, 21-15 dalam aksi suku akhir yang berlangsung selama 40 minit.

"Saya tidak anggap perlawanan ini mudah. Saya ada membuat beberapa  kesilapan di set kedua sehingga membenarkan lawan mengutip mata.

"Pada masa sama, saya juga berterima kasih kepada sokongan rakan-rakan yang datang (merujuk kepada kehadiran beberapa bekas pemain kebangsaan). Begitu juga dengan sokongan penyokong Malaysia," katanya.

Chong Wei akan menentang pemenang perlawanan suku akhir antara juara Olimpik dua kali, Lin Dan dari China dan pemain India, K. Srikanth.

"Sememangnya saya bersedia menghadapi perlawanan yang paling susah kerana tiada yang mudah di Sukan Olimpik ini.

"Apa yang penting saya perlu kekal fokus dan sememangnya ada tekanan tersendiri untuk saya kerana ini adalah penampilan terakhir saya di Olimpik.

"Saya perlu mengawal tekanan dalam diri sendiri dan berharap dapat mengikut jejak beregu campuran dan lelaki negara yang mara ke final," kata pemenang dua pingat perak Olimpik pada 2008 dan 2012 itu.


Dalam kedua-dua final edisi itu, Chong Wei tewas kepada musuh tradisinya, Lin Dan dan masih tercari-cari pingat emas sulung dalam penampilan keempatnya di temasya Olimpik.

Perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki akan dilangsungkan Jumaat ini.



iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan