Chong Wei Jumpa Lin Dan Di Separuh Akhir Olimpik Rio

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 10:34 PM

Lin Dan (kiri) dan Datuk Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Pertembungan yang dinanti antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan di separuh akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik Rio menjadi kenyataan selepas masing-masing melepasi halangan suku akhir mereka.

Chong Wei yang memburu pingat emas Olimpik pertamanya, mudah menjinakkan Chou Tien Chen 21-9, 21-15 dalam aksi suku akhir yang berlangsung selama 40 minit di Pavilion 4, Riocentro untuk melebarkan rekod pertemuannya ke atas pemain Taiwan itu kepada 5-0.

Namun, pemenang dua pingat emas Olimpik, Lin Dan menerima kejutan selepas K.Srikanth dari India mengheretnya sehingga ke perhitungan rubber set.

Lin Dan menang mudah set pertama 21-6 tetapi menerima tentangan hebat dalam dua set berikutnya apabila Srikanth memenangi set kedua 21-11 untuk memaksa perlawanan ditentukan di set penentuan.

Dalam set penentuan, Lin Dan dipaksa bekerja keras mengutip mata demi mata untuk mendahului 19-17 sebelum memastikan kemenangan 21-18 bagi mengesahkan tiket ke separuh akhir pada Jumaat ini.

Berdasarkan persembahannya di suku akhir itu, Lin Dan pasti tidak akan mendapat laluan mudah bertemu Chong Wei yang mengimpikan peluang meraih pingat emas dalam penampilan terakhirnya di Sukan Olimpik.

"Apa yang penting saya perlu kekal fokus dan sememangnya ada tekanan tersendiri untuk saya kerana ini adalah penampilan terakhir di Olimpik.

"Saya perlu mengawal tekanan dalam diri sendiri dan berharap dapat mengikut jejak beregu campuran dan lelaki negara yang mara ke final," kata Chong Wei yang juga pemenang dua pingat perak Olimpik pada 2008 dan 2012 itu.

Dalam kedua-dua final edisi itu, Chong Wei tewas kepada musuh tradisinya, Lin Dan dan masih tercari-cari pingat emas sulung dalam penampilan keempatnya di temasya Olimpik.


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan