Azizulhasni Dapat Ganjaran RM100,000 Daripada YSD

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 3:20 PM

Azizulhasni menerima ucapan tahniah daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin selepas berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara keirin lelaki sempena Sukan Olimpik Rio 2016 di Velodrom Olimpik Rio. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sime Darby Foundation (YSD) memberi ganjaran RM100,000 kepada pelumba basikal trek kebangsaan Mohd Azizulhasni Awang kerana kejayaannya memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio pagi Rabu.

Pengerusi YSD Tun Musa Hitam mengumumkan pemberian ganjaran tersebut kepada atlet digelar 'The Rocket Pocket Man' itu yang mendapatkan pingat Olimpik pertama bagi Malaysia dalam acara keirin.

"Anda telah berusaha memberi yang terbaik dan kami berbangga dengan pencapaian anda. Walaupun mengalami gangguan pada peringkat akhir, anda tidak patah semangat dan berjuang hingga ke gariasan penamat. Prestasi anda dalam keadaan demikian menjadikan anda lebih berhak untuk mendapat kemenangan.

"Seluruh negara bergembira bersama anda. Tidak lupa juga kepada jurulatih John Beasley dan seluruh pasukan kerana kegigihan anda semua, ia membuahkan hasil dan anda membuat Malaysia berasa bangga," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Pada pusingan akhir yang penuh dramatik, perlumbaan lapan pusingan itu terpaksa dilepaskan semula dua kali kerana pelumba melanggar peraturan teknikal dan pada kali ketiga, Azizulhasni memotong juara dunia, Joachim Eilers dari Jerman untuk menamatkan perlumban di tempat ketiga.

Pelumba berpangkalan di Melbourne itu melintasi garis penamat di belakang juara bertahan Jason Kenny dari Britain dan pelumba Belanda Dutchman Matthijs Buchli.

Azizulhasni, 28, yang diyakini mempunyai prospek untuk memenangi emas, memenangi pingat gangsa Olimpik itu dalam cubaan kali ketiganya setelah gagal melayakkan diri ke pusingan akhir pada Olimpik Beijing 2008 dan menduduki tempat keenam pada Olimpik London 2012.

Ketika berlumba pada pusingan akhir keirin kejohanan Piala Dunia Trek London 2011, Azizulhasni terlibat dengan kemalangan bersama-sama tiga pelumba lain.

Bagaimanapun, dia tidak patah semangat dan meneruskan kembali perlumbaan untuk memenangi tempat ketiga bagi acara itu.

Azizulhasni adalah anggota program YSD Track Cycling Team 'Road to London Olympics 2012' yang dibiayai YSD dengan tajaan berjumlah RM2 juta bagi tempoh 2009 hingga 2012.

YSD menyambung sumbangannya dengan tajaan berjumlah RM2.85 juta untuk Azizulhasni dan Fatehah Mustapa melalui program 'Road to Rio'. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan