Olimpik: Azizulhasni Menang Gangsa Acara Keirin - Sukan Ekstra | mStar

Olimpik: Azizulhasni Menang Gangsa Acara Keirin

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2016 7:17 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelumba trek negara, Azizulhasni Awang, menyumbang satu lagi pingat kepada Malaysia, apabila merangkul gangsa pada final acara keirin Sukan Olimpik 2016 di Rio De Janeiro, awal pagi Rabu.

Azizulhasni atau lebih dikenali dengan gelaran The Rocketpocketman itu melakar sejarah menjadi pelumba basikal pertama negara memenangi pingat dalam Sukan Olimpik.

Perlumbaan yang dibatalkan dua kali selepas pelumba memecut lebih awal sebelum motor pengiring keluar dari trek itu dimenangi Jason Kenny dari Britain yang juga pingat emas keduanya selepas memenangi acara pecut.

Tempat kedua pula diraih pelumba Belanda, Matthijs Buchli.

Gangsa yang dimenangi pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu juga adalah pingat kedua yang diraih kontinjen negara selepas penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoon memenangi perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita.


Tags / Kata Kunci: Azizulhasni Awang , keirin , Sukan Olimpik
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan