Heidi 'Lemas' Di Rio

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2016 9:42 AM

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Perenang jarak jauh negara, Heidi Gan sekadar mampu menduduki tangga ke-21 acara maraton 10 kilometer wanita Sukan Olimpik Rio de Janeiro, pada Isnin.

Atlet berusia 27 tahun itu melepasi garisan penamat di Fort Copacabana dalam masa 1 jam 59 minit 07.9 saat untuk menjadi perenang kedua terbaik Asia di belakang Xin Xin, 19, dari China yang menduduki tangga keempat dengan catatan 1:57:14.4s.

Acara ini menampil 26 perenang berkelas dunia dengan juara dunia Aurelie Muller dari Perancis dibatalkan walaupun menamatkan aksinya di tempat kedua.

Aurelie, 26, dikenakan tindakan tersebut selepas menolak bahu Rachele Bruni dengan lengannya untuk menghalang perenang Itali itu daripada menyentuh papan di garisan penamat dalam saingan tempat kedua yang begitu sengit.

Perenang Belanda, Sharon van Rouwendaal, 22, meraih pingat emas dengan catatan 1:56:32.1s manakala Rachele, 25, ketinggalan 17.4s untuk mendapat perak dengan catatan 1:56:49.5s.

Wakil Brazil, Poliana Okimoto yang juga juara dunia 2013, memperoleh gangsa dengan catatan 1:56:51.4s.

Di Sukan Olimpik 2012 di London, Heidi mencipta sejarah menjadi perenang wanita pertama negara melayakkan diri untuk acara itu. Peguam berpangkalan di Perth itu menduduki tempat ke-16 pada penampilan sulungnya.

Tags / Kata Kunci: Olimpik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan