Beregu Campuran Negara Mara Ke Final

Diterbitkan: Selasa, 16 Ogos 2016 8:39 AM

Pasangan beregu campuran negara Chan peng Soon dan Goh Liu Ying berkongsi kegembiraan mereka bersama jurulatih Jeremy Gan dan Chin Eei Hui selepas berjaya mengenepikan pasangan ChinaXu Chen/Ma Jin dalam aksi separuh akhir, pagi Isnin. Malaysia akan berdepan pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir di peringkat akhir. -fotoAZHAR MAHFOF/The Star

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Malaysia mengesahkan sekurang-kurangnya pingat perak dalam acara badminton selepas beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mara ke final Sukan Olimpik Rio de Janeiro, pada Isnin.

Pasangan negara mengetepikan cabaran Xu Chen-Maj Jin dari China, 21-12, 21-19 dalam aksi separuh akhir mereka.



Peng Soon-Liu Ying akan menentang pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Lilyana Natsir dalam perlawanan akhir Rabu ini.

Gandingan Indonesia itu menempah tiket ke final selepas menjinakkan pilihan utama, Zhang Nan-Zhao Yunlei, 21-16, 21-15 dalam satu lagi aksi separuh akhir.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan