Wendy Berdoa Dapat Lakukan Lima Terjunan Dengan Sempurna

Diterbitkan: Ahad, 14 Ogos 2016 12:47 PM

Wendy Ng Yan Yee.

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee kembali mendapat laluan untuk melayakkan diri ke peringkat akhir acara papan anjal 3m wanita Sukan Olimpik Rio di Pusat Akuatik Maria Lenk Aquatics pada Sabtu.

Setelah berjaya melepasi rintangan pada pusingan awal pada Sabtu, Wendy mempamerkan prestasi lebih cemerlang dalam lima terjunan wajib pada peringkat separuh akhir untuk berkongsi tempat kelima dengan penerjun Amerika Syarikat Abigail Johnston.

Dua belas penerjun terbaik daripada 18 peserta yang bersaing di peringkat separuh akhir mara ke pusingan akhir pada Ahad.

Wendy, yang menduduki tangga ke-24 pada Olimpik London 2012, mengumpul 324.75 mata untuk berkongsi kedudukan dengan Abigail, 60.25 mata di belakang pendahulu kedudukan dari China, Shi Tingmao, manakala rakan senegaranya, He Zi, menduduki tempat kedua dengan 364.05 mata.

Pada pusingan awal, Wendy meraih tempat ke-17 serta layak ke separuh akhir dan berpeluang untuk meneruskan perjuangan menaiki podium.

Penerjun berusia 23 tahun yang memenangi pingat emas Sukan SEA Singapura 2015 itu berkata, prestasinya jauh lebih baik daripada terjunan yang dilakukan pada pusingan awal pagi Sabtu dan kini berdoa agar dapat melakukan lima terjunan sempurna pada pusingan akhir.

"Semalam, tiga terjunan saya begitu teruk dan hari ini, cubaan pertama dan ketiga tidak memenuhi jangkaan saya. Semoga saya dapat menambah baik kelima-lima terjunan esok," katanya selepas acara itu.

Ditanya siapakah yang menjadi pesaing sebenar baginya, Wendy berkata: "Tak ada pesaing kerana persaingan ini adalah dalam diri saya sendiri. Dua hari pertama yang dilalui sebelum ini meningkatkan lagi keyakinan saya untuk menghadapi persaingan akhir nanti."

"Saya berharap saya tidak akan melakukan kesilapan dalam mana-mana terjunan saya kerana setiap terjunan sangat bernilai".

Wendy juga tidak menolak kemungkinan kehadirannya akan menjadi rintangan kepada peserta lain untuk meraih kemenangan mudah dalam acara itu.

Setakat ini, acara terjun merupakan acara yang menghasilkan pingat pertama dan satu-satunya pingat untuk Malaysia iaitu pingat perak melalui Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara platform 10m seirama wanita pada Selasa lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Wendy Ng Yan Yee , papan anjal 3m

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan