Pelari Pecut Negara Kesejukan Di Padang, Dapat Tempat Tercorot

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2016 1:42 PM

Zaidatul Husniah mencatatkan masa 12.62 saat pada saringan terakhir malam Jumaat. -fotoTHESTAR/Azhar Mahfof

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Pelari pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli gagal menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk di Stadium Olimpik apabila mendapat tempat terakhir dengan catatan masa memalukan pada saringan pusingan pertama wanita 100 meter pada temasya Sukan Olimpik Rio di sini, Jumaat.

Peserta wildcard itu mencatatkan masa 12.62 saat pada saringan terakhir malam tadi manakala atlet dari Amerika Syarikat, English Gardner mencatat 11.09 saat, masa kelima terpantas direkodkan dalam kalangan 64 pelari pecut dalam saringan kelapan pusingan pertama.

Zaidatul Husniah yang memegang catatan terbaik 11.67 saat pada Kejohanan Olahraga Kosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan pada Jun, mencatatkan 12.12 saat pada tiga saringan awal yang diadakan untuk pelari pecut wildcard pada sebelah petang.

"Sejuk di sini dan saya tidak boleh menyesuaikan diri...saya tidak menjangkakan dan membuat persediaan di bawah keadaan cuaca seperti ini.
Bagaimanapun, saya gembira dapat berlari bersama-sama dengan nama-nama besar di sini," kata pelari pecut berusia 23 tahun selepas acara itu.

Suhu di Rio jatuh kepada 16 darjah Celcius malam tadi.

Dalam saringan kelapan pusingan pertama, 24 atlet layak ke pentas semi final dengan pemenang pingat emas dua kali, Shelly-Ann Fraser-Prye mencatat masa terpantas 10.96 saat.

Atlet dari Jamaica berusia 29 tahun itu memenangi pingat emas berturut-turut dalam acara 100m pecut pada Sukan Beijing 2008 dengan masa 10.78 saat dan mempertahankan pingat emasnya dalam Sukan London 2012 dengan masa 10.75 saat.

Beliau merupakan satu-satunya pelari pecut yang mencatatkan masa di bawah 11 saat dalam saringan di sini dan berkemungkinan besar akan mencabar rekod Olimpik 10.62 saat yang dipegang atlet Amerika Syarikat, Florence Griffith Joyner pada Sukan Olimpik Seoul 1998.

Bagaimanapun, Zaidatul Husniah, yang memegang catatan masa peribadi terbaik 11.62 saat dua tahun lalu, berakhir di tempat tercorot, gagal menghampiri masa terbaiknya mahupun rekod kebangsaan 11.50 saat yang dipegang G. Shanti pada 1993. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan