Sukan Olimpik: Danny Hampiri Kedudukan 30 Teratas

Diterbitkan: Sabtu, 13 Ogos 2016 8:25 PM

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Wakil negara, Danny Chia kian menghampiri kedudukan 30 pemain teratas selepas pusingan kedua acara golf Sukan Olimpik, di sini pada Jumaat.

Catatan satu bawah par 70 di pusingan kedua yang diadakan dalam keadaan hujan, berangin dan sejuk itu, membolehkannya berkongsi kedudukan ke-37 bersama enam pemain lain yang mengumpulkan 143 pukulan selepas dua hari pertandingan.

Danny hanya ketinggalan satu pukulan di belakang tujuh pemain lain yang berkongsi kedudukan ke-30, manakala pendahulu hari pertama Marcus Fraser dari Australia kekal mendahului dengan kelebihan satu pukulan mengatasi Thomas Pieters dari Belgium.

Seorang lagi wakil negara, Gavin Kyle Green mencatat tiga atas par 74 dalam aksi hari kedua, untuk berkongsi kedudukan ke-51 dengan dua pemain lain selepas mengumpulkan 147 pukulan.

Dalam aksi pusingan kedua, Danny melakukan dua birdie di lubang ketiga dan kelima, namun satu bogey di lubang ketujuh sekadar membolehkannya menamatkan sembilan lubang pertama dengan satu bawah 34.

Di sembilan lubang kedua, Danny mencatat birdie di lubang ke-10 sebelum melakukan bogey di lubang ke-15 par empat untuk menyamai par 36.

Gavin pula gagal beraksi lebih baik daripada catatan dua atas par pada pusingan pertama, apabila melakukan double bogey di lubang kedua diikuti satu bogey di lubang seterusnya sebelum bangkit mencatat birdie di lubang keempat dan kesembilan.

Di sembilan lubang terakhir, aksi Gavin sekali lagi hambar apabila melakukan bogey berturut-turut di lubang ke-11 dan 12 sebelum kembali dengan birdie dilubang ke-16.

Pengurus pasukan negara, Vincent Wong berkata Danny beraksi lebih baik padasesi pagi sebelum pukulan 'drop' mengecewakannya.

Menurutnya Gavin pula sukar menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk sehingga berdepan kesukaran di lubang kedua, ketiga dan keempat sebelum bangkit memperbaiki permainannya.

"Secara keseluruhan, dalam keadaan cuaca sebegitu di sebelah pagi, kedua-dua pemain kita beraksi dengan baik," katanya.

Golf kembali dipertandingkan dalam Sukan Olimpik selepas diketepikan 112 tahun. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Danny Chia , Golf , Sukan Olimpik

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan