Regu Badminton Negara Mara

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 10:35 AM

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Pasukan beregu badminton negara memulakan kempen perlawanan pertama peringkat kumpulan dengan bergaya mencatatkan kemenangan straight set pada hari pembukaan sukan itu pada temasya Sukan Olimpik Rio yang berlangsung di Pavilion 4, Riocentro, di sini Khamis.

Pasangan beregu utama negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong mendapat tentangan sengit apabila memulakan perlawanan dalam Kumpulan B, menewaskan pemain Jerman, Michael Fuchs dan Johannes Schoettler 21-14, 21-17 dalam tempoh 44 minit.


"Kami benar-benar diuji pemain Jerman dan tahu cabaran baru sahaja bermula untuk kami. Kami harus bersedia untuk hadapi perlawanan seterusnya dan harus terus kekal memberi tumpuan," kata V Shem.

Pasangan beregu nombor 12 dunia itu akan menentang pasangan Amerika Syarikat, Philip Chew dan Sattawat Pongnairat, pada Jumaat sebelum menamatkan perlawanan kumpulan mereka bertemu pasangan beregu nombor empat dunia, Fu Haifeng dan Zhang Nan dari China, keesokannya.

Beregu badminton wanita negara, Vivian Kah Mun/Woon Khe Wei juga melepasi aksi pertama kumpulan C dengan 21-17, 24-22 menewaskan pasangan Great Britain,  Heather Olver/Lauren Smith.

Pasangan itu akan bertemu pemain Hong Kong, Poon Lok Yan dan Tse Ying Suet dalam aksi perlawnan kedua esok.

Sementara itu, gandingan beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying juga diuji apabila bertemu pasangan Bodin Isara/Savitree Amitrapai dari Thailand, yang berlangsung selama 40 minit.

Pasangan beregu campuran negara itu akan menentang pemain Australia, Robon Middleton/Leanne Choo dalam perlawanan Kumpulan C esok.
Tags / Kata Kunci: Olimpik Rio 2016 , Goh V Shem , Tan Wee Kiong

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan