Olimpik: Phelps Menang Pingat Emas Ke-22

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 11:42 AM

Phelps menambah koleksi pingat emas ke-22 sepanjang kariernya.

(Ubah saiz teks)

MICHAEL Phelps dari Amerika Syarikat (AS) memenangi pingat emas acara 200 meter medley individu pada Sukan Olimpik Rio 2016 sekali gus merangkul pingat emas ke-22 sepanjang kariernya.

Malah, Phelps turut menjadi perenang pertama memenangi acara sama pada empat kejohanan berturut-turut.

Perenang Jepun, Kosuke Hagino meraih pingat perak manakala Wang Chun dari China sekadar memenangi gangsa.

Ia hari istimewa buat Phelps, 31, yang kini memenangi emas dalam dua acara individu dan dua relay pada penampilan kelimanya di Olimpik.

Jumlah kutipan pingatnya kini meningkat kepada 26, termasuk dua perak dan dua gangsa dengan acara 100 meter gaya kupu-kupu antara yang hampir pasti dalam genggamannya.

Empat pingat emas berturut-turut dalam kejohanan sama disifatkan sebagai amat unik bagi seorang perenang.

Keputusan penuh:

1. Michael Phelps (AS) 1:54.66

2. Kosuke Hagino (Jepun) 1:56.61

3. Wang Shun (China) 1:57.05

4. Hiromasa Fujimori (Jepun) 1:57.21

5. Ryan Lochte (AS) 1:57.47

6. Philip Heintz (Jerman) 1:57.48

7. Thiago Pereira (Brazil) 1:58.02

8. Dan Wallace (Britain) 1:58.54

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan