Fatehah 100 Peratus Sedia, Harap Tuah Di Rio

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2016 12:39 PM

Fatehah gigih berlatih bersama Azizulhasni di Velodrome Olimpik Rio.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek wanita negara, Fatehah Mustapa mengakui 100 peratus bersedia untuk mengibarkan cabaran negara pada Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara pecut yang akan berlangsung pada awal pagi Isnin ini.

Walaupun acara pecut bukan kepakarannya, anak kelahiran Terengganu itu menegaskan beliau semakin serasi dengan corak kayuhan pecut di Velodrome Olimpik Rio selain mengharapkan tuah mengiringinya pada kali ini.

"Alhamdulillah semua okay. Saya sudah sedia sepenuhnya. Tahap keyakinan saya semakin bertambah berbeza ketika aksi di Olimpik London, empat tahun lalu.

"Sekarang saya berserah kepada Allah. Saya juga tidak sabar untuk beraksi pada hari perlumbaan itu nanti," katanya.

Pelumba berusia 26 tahun itu turut menyifatkan beliau kini berada pada prestasi terbaik selepas menjalani latihan pusat di Portugal sejak lima minggu lalu sebelum berangkat ke Rio.

"Semakin baik dan latihan itu banyak membantu. Diharap strategi, taktikal dan teknik bertambah baik menjelang perlumbaan sebenar nanti," katanya.

Pada masa sama, pelumba yang menduduki ranking ke-22 dunia itu berkata beliau cukup bertuah kerana turut dibantu rakan senegara, Azizulhasni Awang yang banyak memberikan sokongan dan berkongsi tip untuk melakukan pecutan cemerlang.

"Saya dah kenal dia (Azizulhasni) lebih 10 tahun, kebetulan kami satu negeri. Dia banyak bantu saya dalam semua perkara. Dia juga sentiasa menyokong dan bagi semangat kepada saya.

"Tidak kira sama ada di antara kami jatuh atau naik, kami sentiasa menyokong antara satu sama lain. Itulah yang menguatkan persahabatan kami," katanya.

Sementara itu, Fatehah berazam untuk memburu sebarang pingat dalam acara ini sebagai hadiah kepada bapanya, Mustapa Kassim yang sentiasa menyokong kariernya sejak dari kecil lagi.

"Boleh dikatakan dialah peminat No.1 saya... dia sentiasa tengok saya bersukan sehingga hari ini. Insyallah dengan doa dan sokongannya, keluarga dan juga rakyat Malaysia, saya akan cuba lakukan yang terbaik," katanya.

Fatehah yang layak ke Olimpik Rio selepas mengisi dua slot bagi benua Asia bersama Lee Wai Sze dari Hong Kong berdasarkan keputusan ujian kelayakan bagi acara pecut akan berdepan saingan sengit daripada pelumba Jerman, Australia, China, Hong Kong dan Rusia.

"Saingan amat mencabar, apa-apa pun saya kena tenang dan enggan ambil pusing mengenai pelumba lain. Saya kena betul-betul fokus pada hari perlumbaan nanti," katanya.







Pelumba berusia 26 tahun itu turut menyifatkan beliau kini berada pada prestasi terbaik selepas menjalani latihan pusat di Portugal sejak lima minggu lalu sebelum berangkat ke Rio.

"Semakin baik dan latihan itu banyak membantu. Diharap strategi, taktikal dan teknik bertambah baik menjelang perlumbaan sebenar nanti," katanya.

Pelumba berusia 26 tahun itu turut menyifatkan beliau kini berada pada prestasi terbaik selepas menjalani latihan pusat di Portugal sejak lima minggu lalu sebelum berangkat ke Rio.

"Semakin baik dan latihan itu banyak membantu. Diharap strategi, taktikal dan teknik bertambah baik menjelang perlumbaan sebenar nanti," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan