MOM Utamakan Keselamatan Atlet Negara Di Rio

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 1:20 PM

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Atlet Malaysia di Olimpik Rio yang sudah menghabiskan acara masing-masing akan dihantar pulang, kata Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo berkat atlet dan pegawai berkenaan tidak akan menunggu sehingga acara penutup kejohanan pada 21 Ogos ini.

Atlet angkat berat Mohd Hafifi Mansor, pengurus pasukan Pang Siew Huat dan jurulatih Wang Zhiqun dijadual meninggalkan Rio malam ini selepas acara mereka berakhir malam tadi.

Penembak Johnathan Wong Guanjie dan pasukan memanah turut mengakhiri acara mereka hari ini dan dijangka berlepas pulang dalam beberapa hari lagi.

Beng Choo berkata adalah menjadi perkara biasa bagi atlet berlepas pulang dan tidak menunggu sehingga kejohanan melabuhkan tirai.

"Ia juga untuk keselamatan dengan menghantar mereka pulang lebih awal kerana kami bertanggungjawab ke atas keselamatan ketibaan dan kepulangan mereka," tambahnya.

Beng Choo berkata kad akses bagi atlet yang berlepas pulang akan digunakan untuk membawa tiga tukang urut kontinjen ke perkampungan sukan.

Beliau berkata susulan kekurangan kad akses bagi kontinjen negara, tiga tukang urut tersebut terpaksa tinggal di luar perkampungan sukan dan dibenarkan berada bersama pasukan di perkampungan sukan bagi tempoh tertentu setiap hari.

Jumlah kad akses atau akreditasi bagi tukang urut pasukan dan staf sokongan lain diperuntuk berdasarkan jumlah anggota kontinjen.

"Kita membawa empat orang tukang urut dan hanya seorang yang dibenarkan tinggal di perkampungan sukan dengan atlet, sementara tiga yang lain datang pada masa-masa tertentu," katanya.

Menurut peruntukan MOM, seseorang atlet diberi sehari sebagai hari rehat selepas acara untuk meninggalkan kejohanan atau berdasarkan jadual penerbangan, kata beliau.

Pasukan memanah dijadual berlepas pulang pada Sabtu.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: MOM , Olimpik Rio , Low Beng Choo

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan