Olimpik: Masyarakat Bidayuh Bangga Kejayaan Pandelela-Jun Hoong

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 4:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING:  Berita kejayaan gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Rio awal pagi Selasa membawa keceriaan kepada rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Bidayuh di daerah Bau.

Gandingan itu menyumbangkan pingat pertama buat Malaysia dalam Olimpik Rio selepas menduduki tempat kedua dalam acara 10m platform serentak.

Anggota Dewan Undangan Negeri Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep, semasa mengucapkan tahniah kepada Pandelela dan Jun Hoong memberitahu Bernama, ganjaran RM50,000 bagi pingat emas kepada Pandelela masih ditawarkannya.

Pandelela mempunyai satu lagi acara dalam temasya itu - 10m platform individu yang merupakan acara kegemarannya.

Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Datuk Ik Pahon berkata DBNA akan berusaha mendapatkan ganjaran yang dilihat sesuai sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan Pandelela pada Sukan Olimpik Rio.

Pahon berkata beliau tidak sabar menunggu aksi gadis Bidayuh daripada Kampung Jugan, Bau itu untuk menyumbangkan pingat emas dalam acara 10m platform individu.

Gandingan Pandelela, Jun Hoong adalah dari Perak.

Beliau berkata masyarakat itu bangga dengan kejayaan Pandelela dan yakin beberapa remaja akan mengikut jejak langkahnya, tidak semestinya dalam acaraterjun tetapi dalam lain-lain jenis sukan dan bidang.

“Pandelela selama ini telah dijadikan contoh bukan sahaja bagi belia Bidayuh tetapi juga semua belia di negeri ini," kata Pahon yang juga setiausaha tetap di Kementerian Pelancongan Sarawak.

“Kami mendoakan kejayaan beliau dalam acara 10m platform individu,”katanya.

Jake Odium, 53, dari Bau berkata sebagai rakyat Malaysia dan orang Bidayuh yang berasal dari daerah yang sama dengan Pandelela, membuatkan dirinya "amat bangga dengan pencapaiannya".

“Ia merupakan yang pertama bagi wanita Malaysia dan lagipun beliau orang Sarawak, membuatkan masyarakat kami lebih bangga lagi,” katanya. -Bernama

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan