Sarawak Sedia Pertimbang Insentif Untuk Pandelela - Sukan Ekstra | mStar

Sarawak Sedia Pertimbang Insentif Untuk Pandelela

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 8:54 PM

Michael Manyin Jawong

(Ubah saiz teks)

KUCHING:  Kerajaan Sarawak sedia mempertimbangkan untuk memberi insentif kepada penerjun negara, Pandelela Rinong, selepas beliau bersama Cheong Jun Hoong memenangi pingat perak acara terjun 10 meter platform seirama wanita di Sukan Olimpik Rio. 

Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong percaya Pandelela, yang merupakan atlet kelahiran negeri itu, akan menerima ganjaran atas kejayaannya tersebut.

"(Kejayaan) ini, saya percaya kerajaan negeri akan memikirkan sesuatu (ganjaran) kerana semasa beliau (Pandelela) meraih pingat gangsa (pada Sukan Olimpik London 2012), beliau juga diberi ganjaran kewangan," katanya pada Rabu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Jemut Masing berkata kedua-dua penerjun, Pandelela dan Jun Hoong perlu diberi bantuan dalam usaha mengejar cita-cita mereka, termasuk dalam melanjutkan pengajian dan juga dari segi latihan.

"Gelaran Datuk atau pingat lain sebagai pengiktirafan boleh juga diberikan kepada mereka pada tahun-tahun akan datang.

"Saya bangga dengan kejayaan Pandelela dalam acara sukan di pentas dunia. Ini membuktikan 'Sarawak Boleh' jika diberi peluang," katanya dalam kenyataan pada rabu. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Pandelela Rinong
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan