Hafifi Pecah Rekod Kebangsaan Di Rio

Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 2:24 PM

Mohd Hafifi Mansor. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Badang negara, Mohd Hafifi Mansor memecahkan rekod kebangsaan berusia lima tahun tetapi gagal memberi saingan diharapkan dalam acara angkat berat Sukan Olimpik di sini, pada Selasa (pagi Rabu waktu Malaysia).

Juara Sukan Komanwel 2014 itu, mengatasi rekod lama miliknya 313 kilogram (kg) yang dilakukannya di Kejohanan Dunia di Paris pada 2011, apabila berjaya mengumpulkan jumlah angkatan 316kg.

Mohd Hafifi, 25, yang beraksi dalam kategori 69kg, melakukan angkatan 140kg dalam disilpin snatch dan 176kg dalam clean  and  jerk, untuk menduduki tempat ke-13 daripada 18 peserta.

Bagaimanapun, beliau gagal mengatasi rekod kebangsaan 142kg dalam disiplin snatch yang dilakukan Costantine Clement pada 2014.

Peserta China, Shi Zhiyong meraih pingat emas dengan jumlah angkatan 352kg diikuti Daniyar Ismayilov dari Turki (351kg) dan wakil Kazakhstan, Izzat Artykov (339kg).

Mohd Hafifi mengakui beliau agak gugup dan mengalami kesakitan di lutut kanan dalam dua percubaan terakhirnya.

"Walaupun saya puas hati dengan keputusan di sini tapi saya percaya mampu melakukannya dengan lebih baik," katanya.

Mohd Hafifi berkata sebaik pulang ke tanah air, beliau akan kembali menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur tahun depan.

"Saya mahukan pingat emas Sukan SEA," katanya.

Mohd Hafifi menjadi atlet pertama negara meninggalkan Rio apabila bersama  jurulatihnya, Wang Zhiqun dan pengurus pasukan, Pang Siew Huat akan berlepas pulang esok.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan