Olimpik: Cabaran Getir Buat Pelayar Malaysia Pada Hari Pembukaan

Diterbitkan: Selasa, 9 Ogos 2016 9:15 AM

Khairulnizam Mohd Afendy

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Pelayar Malaysia gagal menguasai lautan dalam acara perahu layar Sukan Olimpik Rio yang bermula di Maria da Gloria, kira-kira 45km dari sini pada Isnin, apabila dua wakil negara ketinggalan begitu jauh selepas menamatkan dua perlumbaan.

Pelayar elit negara Khairulnizam Mohd Afendy muncul pelayar ketiga terbaik Asia dalam acara Laser Standard lelaki selepas berkesudahan di tempat ke-38 daripada 45 pelayar dengan pelayar dari Croatia, Tonci Sitipaviovic memenangi perlawanan pembukaan.

Colin Cheng dari Singapura berada di kedudukan yang baik iaitu tempat kelima sebelum jatuh ke tangga ke-20 dalam perlumbaan kedua.

Pelayar Thailand, Keerati Bualong di tempat ke-25 tetapi turut meluncur ke tempat ke-38 dalam perlumbaan kedua manakala Khairul pula menunjukkan pencapaian lebih baik dengan tiupan angin 12 knot apabila berada di tempat ke-33.

Sementara itu, pelayar wanita pertama Malaysia di Sukan Olimpik, Nur Shazrin Mohamad Latif menduduki tempat ke-27 daripada 36 pelayar dalam perlumbaan pertama yang dimenangi Annalise Murphy dari Ireland dalam acara Radial.

Dalam perlumbaan kedua, anak kelahiran Johor berusia 18 tahun itu gagal memperbaiki kedudukannya apabila dia ketinggalan di tangga ke-34.

Kedua-dua mereka akan beraksi dalam dua perlawanan esok.

Tags / Kata Kunci: Olimpik

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan