Pingat Gangsa Terlepas Pada Dua Terjunan Akhir Jun Hoong, Nir Dhabitah

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2016 9:35 AM

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Pasangan penerjun negara hampir membuat kejutan untuk memperoleh pingat pertama Malaysia di Olimpik Rio selepas hanya menduduki tempat kelima dalam acara 3m papan anjal serentak di sini pada Ahad.

Cheong Jun Hoong dan Nir Dhabitah Sabri bermula baik sehingga terjunan ketiga, tetapi gagal mengekal rentak itu pada dua terjunan terakhir yang menyebabkan mereka terlepas pingat gangsa.

Mereka mencipta mata keseluruhan 293.40, selepas menduduki tempat ketiga di belakang China dan Itali di pusat akuatik Maria Lwenk di sini.

Perenang China, Shi Ting Mao dan Wu Min Xia memperoleh emas dengan jumlah mata keseluruhan 345.60 sementara pasangan Itali, Tania Cagnotto dan Francesca Dallape berada di tempat kedua sepanjang lima terjunan pertama untuk merangkul pingat perak dengan memungut 313.83 mata.

Pasangan Australia, Maddison Keeney dan Anabelle Smith membuat terjunan baik pada terjunan keempat dan kelima untuk memperoleh pingat gangsa dengan 299.19 mata.

Jun Hong mengaku beliau melakukan kesilapan dalam terjunan keempat yang menyebabkan beliau dan rakannya jatuh ke tempat keempat daripada tempat ketiga secara keseluruhan.

Jun Hong akan berpasangan dengan ratu terjun negara Pandelela Rinong dalam acara 10m platform serentak pada Selasa.

Sementara itu Nur Dhabitah berkata beliau gembira kerana layak ke olimpik dan akan memberi yang terbaik dalam acara 10m platform individu pada 18 Ogos.

Pasangan tersebut bermula baik dan berada di tempat ketiga bersama pasangan  Great Britain's selepas dua terjunan pertama.

Selepas terjunan ketiga, pasangan negara hampir merangkul pingat gangsa tetapi jatuh ke tempat keempat di belakang pasangan Kanada, Jenifer Abel dan Pamela Ware dan mengakhiri terjunan di tempat kelima selepas terjunan terakhir.

China dan Itali masing-masing kekal di tempat pertama dan kedua sejak di permulaan terjunan lagi.

Tags / Kata Kunci: Olimpik

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan