Malaysia Juara Kejohanan Bola Jaring Asia Di Bangkok

Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 8:03 PM

Pasukan bola jaring negara menjuarai Kejohanan Bola Jaring Asia di Bangkok pada Ahad. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Pasukan bola jaring negara menamatkan kemarau 31 tahun untuk menjuarai Kejohanan Bola Jaring Asia apabila menewaskan Sri Lanka 41-31 dalam perlawanan akhir pada Ahad.

Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia Datuk Suraya Yaacob berkata, pasukan negara menunjukkan persembahan yang jauh lebih baik dalam perlawanan akhir hari ini berbanding ketika aksi separuh akhir semalam.

"Hari ini mereka bermain jauh lebih baik berbanding dengan aksi menentang Hong Kong dalam perlawanan separuh akhir pada Sabtu.

Itu yang membawa kejayaan kitahari ini selepas 31 tahun," katanya kepada Bernama.

Dalam perlawanan separuh akhir pada Sabtu, pasukan negara hanya menang tipis 35-34 ke atas Hong Kong dalam perlawanan yang amat mendebarkan.

Perlawanan akhir hari ini di Gimnasium Chanthanayingyong di sini, pasukan negara tidak berhadapan banyak masalah menundukkan Sri Lanka dengan gerakan yang kemas serta kerjasama berpasukan yang tinggi.

Malaysia sentiasa mendahului Sri Lanka sepanjang perlawanan daripada wisel permulaan sehingga ke penamat.

Sementara itu ketua kontinjen pasukan bola jaring negara, Zainon Md Noh berkata, apa yang membezakan perlawanan hari ini dan semalam adalah kerjasama berpasukan yang tinggi dalam kalangan pemain negara.

Dalam perlawanan separuh akhir semalam katanya, pemain-pemain negara tidak menunjukkan prestasi terbaik dan sering melakukan kesilapan selain tidak bermain secara berpasukan.

"Kerjasama berpasukan yang tinggi merupakan resepi kepada kejayaan kitadalam perlawanan akhir hari ini," katanya.

Dalam perlawanan tempat ketiga dan keempat pula, Singapura menewaskan Hong Kong. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Bola Jaring , Kejohanan Asia

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan