Langkah Kiri Buat Atlet Memanah Di Rio

Diterbitkan: Sabtu, 6 Ogos 2016 12:13 AM

Khairul Anuar beraksi dalam pusingan kelayakan sempena Sukan Olimpik Rio 2016 di Sambodromo Maracana Venue pada Jumaat. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Langkah kiri buat skuad memanah recurve lelaki negara apabila menduduki tangga terakhir daripada 12 pasukan dalam aksi menentukan ranking Sukan Olimpik di Sambodromo, 43km dari sini.

Trio Malaysia yang terdiri daripada Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin dan Muhammad Akmal Nor Hasrin hanya mampu mengumpulkan 1,945 mata.

Berikutan keputusan itu, skuad negara akan menentang Perancis di pusingan kalah mati pada Sabtu.

Korea Selatan menduduki ranking teratas dengan 2,057 mata dan pemanahnya, Kim Woo Jin mencatatkan rekod dunia 700 mata daripada 72 anak panah ketika pusingan ranking individu, sekali gus menjadi rekod dunia pertama dicatatkan di temasya Olimpik Rio.

Beliau memadamkan catatan lama 699 mata yang dicipta rakan senegara, Im Dong-Yun sewaktu Sukan Olimpik London 2012.

Amerika Syarikat menduduki ranking kedua dengan 2,024 mata diikuti Itali (2,007) dan Australia (2,005).

Empat pasukan teratas menerima bye di pusingan kalah mati dan akan terus mara ke suku akhir manakala pasukan ranking kelima hingga 12 pula terpaksa bersaing di pusingan kalah mati untuk merebut empat tiket terakhir ke suku akhir.

Dalam ranking individu membabitkan 64 pemain, Khairul menduduki tempat ke-22 dengan 665 mata daripada 72 anak panah dari jarak 70 meter.

Haziq pula berada di kedudukan ke-50 dengan 645 mata manakala Akmal menduduki tempat ke-55 selepas mencatat 635 mata.

Jurulatih negara, Lee Jae Hyung turut kecewa dengan persembahan anak buahnya hari ini.

"Persembahan hari ini begitu teruk...saya tidak tahu apa yang berlaku," kata jurulatih berasal dari Korea itu yang menyasarkan kedudukan ranking yang lebih baik bagi mengintai peluang mara ke separuh akhir temasya ini.

Bagaimanapun, beliau berkata semuanya belum berakhir kerana masih mempunyai peluang untuk menundukkan Perancis.

Turut kecewa, chef-de-mission Tan Sri Mohamad Al Amin Abdul Majid, yang akhirnya terpaksa memberi ulasan selepas ketiga-tiga pemanah itu enggan diwawancara.

Mohamad Al Amin mengakui pemanah negara yang cemerlang sewaktu latihan dan pertandingan antarabangsa menjelang temasya Rio, menampilkan aksi yang mengecewakan pada hari pertama pertandingan.

Katanya trio negara mungkin tertekan dengan situasi serta kehebatan pasukan Korea sehingga menjejaskan tumpuan mereka.

"Saya percaya trio negara akan tampil dengan persembahan yang lebih baik esok (Sabtu)," katanya. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: skuad memanah , Sukan Olimpik Rio

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan