IOC Lulus Lima Sukan Baharu Olimpik 2020

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2016 12:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam mesyuarat sesi ke-129 di Rio de Janeiro pada Rabu, bersetuju untuk memasukkan besbol/sofbal, karate, papan selaju, sukan mendaki dan luncur air ke dalam program bagi Temasya Olimpik Tokyo 2020. 

"Keputusan ini adalah evolusi program Olimpik paling komprehensif dalam sejarah moden.

"Rancangan untuk menganjurkan acara papan selaju dan sukan mendaki di venue sementara yang dibina di kawasan bandar, mengorak langkah bersejarah dalam membawa Temasya ini kepada golongan muda dan mencerminkan trend urbanisasi  dalam sukan," kata IOC dalam kenyataan pada Khamis.

Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo 2020 mencadangkan lima sukan baharu itu sebagai respons kepada fleksibiliti yang diperuntukkan dalam Agenda Olimpik 2020.

Menurut IOC, cadangan untuk memberi kelonggaran kepada Jawatankuasa Penganjur untuk mencadangkan sukan baharu bagi edisi Temasya berkenaan bertujuan meletakkan lebih tumpuan terhadap inovasi, fleksibiliti dan keremajaan dalam program pembangunan Olimpik.

"Kami mahu membawa sukan kepada golongan muda. Berikutan begitu banyak pilihan yang ada pada golongan muda, kami tidak lagi boleh menunggu mereka sendiri datang kepada kami. Kami yang perlu pergi kepada mereka. 

"Tokyo 2020 adalah cadangan seimbang yang memenuhi kesemua matlamat Agenda Olimpik 2020 yang membenarkannya.

"Digabungkan bersama, kelima-lima sukan ini adalah kombinasi inovatif acara tumpuan kalangan belia yang semakin popular di Jepun dan akan menambah legasi kepada Olimpik Tokyo," kata Presiden IOC Thomas Bach.

Sementara itu, Presiden Tokyo 2020 Yoshiro Mori berkata pemasukan pakej sukan baharu itu akan membuka peluang kepada mereka untuk merealisasikan impian beraksi dalam sukan Olimpik, arena sukan terhebat di dunia.

"Ia akan memberi inspirasi kepada mereka untuk melakar pencapaian terbaik dalam sukan dan kehidupan," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: IOC , Olimpik

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan