Khairy Tegur Persatuan, MSN Negeri Tumpu Pembangunan Sukan Tertentu

Diterbitkan: Selasa, 2 Ogos 2016 4:39 PM

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menegur sikap segelintir persatuan sukan negeri dan Majlis Sukan Negeri yang hanya memberikan tumpuan kepada pembangunan atlet dalam sukan-sukan tertentu sahaja.

Beliau berkata pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak yang berakhir pada Isnin, terdapat beberapa jenis acara sukan yang hanya disertai wakil daripada beberapa negeri sahaja, sedangkan acara berkenaan menjadi tumpuan pada temasya yang lebih besar.

Katanya, penyertaan dalam sukan-sukan kritikal seperti olahraga, renang dan gimnastik dilihat masih rendah dalam temasya yang menjadi platform mencungkil bakat-bakat baharu sukan negara.

"Contohnya, gimrama hanya lima negeri sahaja sedangkan sukan ini adalah antara sukan tumpuan dalam peringkat Sukan SEA, sama juga dengan olahraga.

Walaupun kita melihat pencapaian cemerlang Khairul Hafiz (Jantan) tapi masih ada acara yang tidak melihatkan penglibatan banyak negeri.

"Persatuan negeri dan Majlis Sukan Negeri kena beri perhatian sebab kita hendak bangunkan pelapis daripada setiap negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan peserta program latihan Pengajian Islam di sini Selasa.

Dalam pada itu, Khairy menyifatkan penganjuran Sukma kali ini adalah cemerlang dan amat berpuas hati dengan pencapaian atlet pelapis serta atlet baharu dari negeri-negeri yang telah mempamerkan prestasi terbaik mereka.

Katanya, atlet yang berada dalam program 'Kita Juara' yang tidak mempamerkan prestasi terbaik kemungkinan besar berdepan 'penyingkiran' daripada program itu.

"Ada beberapa atlet 'Kita Juara' yang tidak menepati sasaran, dan kita akan reviu kembali. 'Kita Juara' ada tiga fasa dan sekarang dalam fasa kedua.

"Kita akan ambil maklum prestasi mereka di Sukma. Kalau mereka tidak dapat memperbaiki prestasi, maka pada awal tahun depan iaitu pada fasa ketiga, mereka akan dikeluarkan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata tiga atlet olahraga - Khairul Hafiz Jantan (110m, 200m), Nauraj Singh (lompat tinggi) dan Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera), mungkin dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam Program Podium.

Khairy berkata, ketiga-tiga atlet berkenaan berada dalam senarai pendek atlet yang akan diserap ke dalam program itu dan perkara itu akan diputuskan pada akhir tahun ini.

"Belum sampai masa kita buat pengumuman secara sah tetapi prestasi Khairul Hafiz, Nauraj dan Irfan ada dalam senarai pendek untuk kita pertimbangkan ke Program Podium.

"Program Podium, akan ada yang akan keluar dan masuk, jadi dalam sukan olahraga tiga atlet ini adalah contoh atlet yang sedang dipertimbangkan," katanya.

Khairul Hafiz dinobatkan Olahragawan Sukma 2016 selepas memecah rekod 18 tahun acara 100m milik Watson Nyambek dengan catatan baharu 10.18s berbanding 10.30s saat.

Beliau memecah rekod dalam acara 200m milik Nazmizan Muhamad 14 tahun lepas dengan catatan 21.14s berbanding 21.33 s pada peringkat separuh akhir, sebelum sekali lagi mencipta rekod baharu mencipta rekod baharu Sukma 2016 dalam acara 200m akhir dengan 21.03s. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan