Atlet Ke Sukan Olimpik Dinasihat Kawal Emosi, Elak Rendah Diri

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 10:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas penyerang skuad hoki kebangsaan era 90-an, Mirnawan Nawawi menasihati para atlet negara yang beraksi dalam Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil bijak mengawal emosi dan elak rasa rendah diri ketika berada di medan pertandingan.

Beliau berkata setiap atlet harus kekal fokus dan menguatkan mental untuk memastikan prestasi mereka tidak terganggu sekali gus dapat memberikan persembahan terbaik.

"Pentas Olimpik adalah temasya sukan yang terbesar dan mereka harus tidak berasa gemuruh, terutama kepada atlet yang pertama kali menyertainya.

"Mereka seharusnya tidak gentar dan buang sifat kurang yakin apabila bersaing dengan atlet terbaik dunia lain kerana mereka juga adalah yang terbaik apabila sudah layak ke Sukan Olimpik," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas sidang media stesen televisyen berbayar, Astro sempena liputan komprehensif mengenai Sukan Olimpik Rio de Janeiro menerusi 12 saluran khusus.

Saluran khusus itu meliputi Astro Sports Pack, Sports Lite Pack selain Astro Arena 801 (Single Definition) dan 802 (High Definition) yang akan bersiaran 15 jam sehari.

Mirnawan, 45, berpengalaman luas di pentas Olimpik apabila pernah beraksi dalam pasukan hoki negara pada tiga temasya sukan terbesar itu di Barcelona (1992), Atlanta (1996) dan Sydney (2002).

Dalam pada itu, Mirnawan berharap atlet negara cepat dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sana dan tidak terjerumus dengan gangguan yang mungkin berlaku di luar jangkaan mereka.

"Pada setiap temasya yang besar, pasti ada gangguan lain seperti konsert dan acara-acara lain...masalah itu di luar kawalan setiap atlet, jadi mereka harus sedar objektif mereka berada di sana," katanya.

Sementara itu, mengenai kegagalan skuad hoki ke Sukan Olimpik kali ini, Mirnawan menaruh harapan agar Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) menyediakan 'blue print' baharu menjelang kelayakan Piala Dunia 2018 dan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

"Saya ingin memandangnya dengan sudut positif dan lupakan kegagalan yang lalu setelah 16 tahun pasukan hoki negara tidak layak ke Olimpik.

"Setiap pemain harus tanam semangat dan bekerja keras untuk menjadi seorang Olimpian, selagi kita tidak pergi ke sana (Sukan Olimpik), karier seseorang tidak akan lengkap," katanya.

Seramai 32 atlet negara layak ke Sukan Olimpik di Rio de Janiero yang akan berlangsung pada 5 hingga 21 Ogos ini.

Selain jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal trek) dan Pandelela Rinong (terjun), atlet lain ialah Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin dan Muhammad Ikram Joni (memanah); Fatehah Mustapa (berbasikal trek); Ooi Tze Liang, Ahmad Amsyar Azman, Cheong Jun Hoong, Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee (terjun); Khairulnizam Mohd Affendy dan Nur Shazrin Latiff (pelayaran).

Johnathan Wong (menembak); Welson Sim dan Phee Jinq En (renang); Nauraj Singh dan Zaidatul Husniah Zulkifli (olahraga); Heidi Gan (renang marathon), Mohd Hafifi Mansor (angkat berat) Danny Chia, Gavin Kyle Green, Kelly Tan, Michelle Koh (golf).

Selain itu Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Tee Jing Yi, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei dalam acara badminton.

Astro Arena akan menyiarkan liputan Sukan Olimpik secara langsung dari Rio de Janiero bermula 11.30 malam hingga 9 pagi setiap hari sepanjang temasya itu berlangsung. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Sukan Olimpik , Mirnawan Nawawi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan