Perak Raih' Ibu Segala Pingat', Selangor Juara Sukma-18 - Sukan Ekstra | mStar

Perak Raih' Ibu Segala Pingat', Selangor Juara Sukma-18

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2016 8:13 AM

Pemain Perak meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan Wilayah Persekutuan pada perlawanan akhir bola sepak Sukma ke-18 dengan jaringan 2-0 di Stadium Negeri malam Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Selepas 11 hari bertarung, Selangor kembali muncul sebagai juara keseluruhan dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma).

Sebanyak 42 pingat emas ditawarkan pada hari terakhir dengan acara  gimnastik artistik dan tinju menjadi arena yang menawarkan paling banyak pingat dengan masing-masing menawarkan sebanyak 10 dan sembilan pingat emas.

Selepas tamat acara terakhir dan 'ibu segala pingat' berlangsung malam ini iaitu acara bola sepak, sedikitpun tidak mengubah kedudukan pingat pendahulu carta.

Kontinjen Selangor mengumpul sejumlah 59 pingat emas, 73 perak dan 63 gangsa manakala tuan rumah edisi ke-18, Sarawak ditempat kedua dengan 57 emas, 43 perak dan 59 gangsa.

Sementara kontinjen Terengganu kekal di tempat ketiga dengan 47 emas, 42 perak dan 44 gangsa.

Kontinjen 'Merah-Kuning' sebelum ini sudah lapan kali muncul sebagai juara keseluruhan pada iaitu pada 1988, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006 dan 2013.

Pada hari terakhir hari ini, Selangor sekadar menambah enam pingat emas sahaja, empat daripadanya melalui acara gimnastik artistik dan masing-masing satu dalam acara tenis dan pelayaran.

Paling mencuri tumpuan pada hari terakhir saingan Sukma Sarawak ialah kejayaan Perak mengekalkan pingat emas acara bola sepak selepas menewaskan Wilayah Persekutuan, 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri di sini, malam ini.

Skuad muda 'The Bos Gaurus' yang dibimbimg Abu Bakar Fadzim itu mencipta rekod tersendiri selepas berjaya mara ke perlawanan akhir temasya dwitahunan itu sebanyak tiga kali berturut-turut sejak 2012 di Pahang.

Bagaimanapun, pada aksi akhir pada Sukma Pahang itu mereka tewas 0-3 kepada Sabah dan pada edisi berikutnya di Perlis, mereka berjaya menawaskan Johor 3-1.

Temasya Sukma Sarawak akan melabuhkan tirainya secara rasmi malam ini.

Upacara majlis penutupan rasmi Sukma ke-18 di Stadium Sarawak, akan dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tags / Kata Kunci: Sukma-18 , juara Sukma-18
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan