Irfan Perbaharui Rekod Sukma, Janji Emas Sukan Sea

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2016 9:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Atlet lempar cakera kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsuddin sekadar memperbaharui rekod Sukan Malaysia (Sukma) selepas melakukan lemparan sejauh 55.16 meter di Stadium Sarawak pada Jumaat.

Catatan wakil Negeri Sembilan itu bagaimanapun tidak mampu mencapai pencapaian peribadinya yang merupakan rekod kebangsaan, iaitu 59.29m yang dicapai pada Kejohanan Samorin Slovak Club, Slovakia pada bulan lalu.

Rekod kejohanan terdahulunya ialah 54.26m yang dicatatkan di Perlis dua tahun lepas.

"Saya sebenarnya tak berpuas hati dengan pencapaian hari ini, rekod ini pasti akan dipecah pada Sukma seterusnya oleh atlet lain. Ini kerana saya belum bersedia lagi untuk Sukma.

"Bagaimanapun, saya berjanji akan berjuang berhabis-habisan untuk emas di Sukan Sea tahun depan apabila Malaysia menjadi tuan rumah," katanya.

Pingat perak menjadi milik peserta tuan rumah, Abdul Rahman Lee yang berjaya melakukan lemparan sejauh 46.62m manakala seorang lagi wakil Negeri Sembilan Muhammad Afifi Najiy Ali membawa pulang gangsa dengan catatan 41.10m.

Muhammad Irfan turut meraih gangsa dalam acara lontar peluru selepas melakukan lontaran sejauh 13.95m, walaupun ia bukan acara fokusnya.

Emas menjadi milik R. Meveeqhen (14.19m) dari Perak manakala pingat perak dimenangi oleh Paul Kenneth Tay (14.02m) dari Sabah. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Muhammad Irfan , Lempar cakera

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan