"Tahniah, Raja Pecut Baharu Negara!" - Najib

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2016 2:51 PM

Khairul Hafiz Jantan. -fotoTHESTAR/Glenn Guan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Tahniah, Raja Pecut Baharu Negara!," ucap Datuk Seri Najib Tun Razak buat Khairul Hafiz Jantan yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter di temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 di Sarawak, Rabu.

"Khairul Hafiz Jantan pegang rekod kebangsaan baharu, 10.18 saat!," kata perdana menteri menerusi status laman Facebook dan Twitternya Khamis.

Najib turut memuat naik keratan akhbar tempatan yang memaparkan gambar Khairul Hafiz yang diambil sejurus beliau melepasi garisan penamat acara itu di Stadium Sarawak, Kuching.

Khairul Hafiz, 18, yang merupakan pelari dari Melaka itu memadamkan rekod lama 10.30 saat yang dicipta anak Sarawak Watson Nyambek sewaktu Sukan Pra-Komanwel 1998.

Pingat perak pula dimiliki pelari tuan rumah, Jonathan Nyepa yang mencatat masa 10.36s manakala pelari dari Melaka, Badrul Hisyam Abdul Manap yang turut menamatkan acara itu dalam masa 10.36s, mendapat gangsa berdasarkan photo-finish.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan