Luah rasa Cintakan Negara Bersama Anak-Anak Malaysia Walk - Ann Osman

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2016 9:59 AM

Ann Osman membawa jalur gemilang ketika di gelanggang

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wanita profesional pertama Malaysia dalam sukan bela diri campuran (MMA), Ann Osman melahirkan rasa cinta pada negara dengan membawa bersama jalur gemilang setiap kali beraksi di luar negara.

Beliau berkata inisiatif itu mampu menaikkan semangat jati diri dan juga meningkatkan nilai patriotisme untuk mengharumkan nama Malaysia dipersada dunia.

"Kadang kala saya perlu beraksi di negara luar dan semangat Malaysia atau perjuangan untuk negara kita sentiasa diterapkan dalam diri.

"Setiap kali keluar untuk berlawan, saya akan sentiasa bawa bendera Malaysia bersama bagi mengingati tempat asal kelahiran saya dan juga dapat memperkenalkan nama negara ke pentas dunia," katanya.

Menerusi tanda kecintaan terhadap negara, Ann Osman turut sama menggesa rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam 'The Anak-Anak Malaysia Walk 2016'.

Ann Osman dalam pertandingan ONE

"Ayuh kita ikuti The Anak-Anak Malaysia Walk yang dianjurkan oleh Kumpulan Media Star untuk menyebarkan lagi semangat perjuangan Malaysia.

"Acara ini bukan sahaja baik untuk kesihatan malah dapat membuktikan bahawa kita cintakan negara Malaysia," katanya.

The Anak-Anak Malaysia Walk 2016 dianjurkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang akan berlangsung di Bukit Bintang pada 14 Ogos nanti.

Ia bertujuan meraikan kepelbagaian Malaysia dalam usaha menggalakkan perpaduan dan persefahaman dikalangan rakyat.

Perjalanan sejauh 3.4 kilometer itu akan bermula dari persimpangan Jalan Imbi iaitu di Jalan Pudu, bekas tapak Penjara Pudu dan akan dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz.

The Anak-Anak Malaysia Walk 2016 dianjurkan oleh Star Media Group dengan kerjasama EcoWorld.

Penaja lain bagi acara tersebut termasuk Proton, Panasonic, Tenaga Nasional dan YES.

Bagi yang berminat untuk menyertai larian tersebut boleh mendaftar di http://sites.thestar.com.my/aamwalk/

3,000 peserta pertama yang mendaftar akan menerima tiket menonton wayang daripada Golden Screen Cinemas (GSC).

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi 03-7967 1388 sambungan 1432/1529/1243 (Isnin-Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang).

Tags / Kata Kunci: Ann Osman , MMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan