Olimpik Rio: Tiga Sukan Disasar Sumbang Pingat

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 6:47 PM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyasarkan tiga acara sukan - badminton, berbasikal trek dan terjun - akan menyumbangkan pingat kepada kontinjen negara pada Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil, Ogos ini.

Katanya, beliau yakin semua atlet telah mempersiapkan diri terutama mereka yang dilihat berpotensi menyumbang pingat kepada negara khasnya jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei, jaguh berbasikal trek Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun Pandelela Rinong.

Khairy berkata sasaran pingat dalam tiga acara sukan itu adalah realistik  berdasarkan prestasi semasa yang dipamerkan atlet berkenaan.

"Bagi mereka yang kita sasarkan kemenangan podium dalam badminton, terjun dan berbasikal, saya harap mereka dapat memenuhi potensi masing-masing. Saya yakin, kalau mereka dapat memenuhi potensi sebenar di Rio, kita akan dapat pingat emas pertama.

"Pingat emas pertama ini boleh datang bukan daripada hanya seorang atlet tapi mungkin dua, tiga atau empat atlet. Kita harap mereka dapat melakukan yang terbaik pada hari pertandingan.

"Saya percaya Chong Wei jika berada di prestasi terbaik akan dapat pingat emas, begitu juga Azizul boleh memenangi final keirin, malah beregu badminton boleh melakukan kejutan serta Pandelela juga mempunyai peluang, kalau tidak emas, mungkin perak," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Sekretariat Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (MASOC) dan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd di Kementerian Belia dan Sukan.

Bagi atlet yang tidak ditetapkan sasaran pingat, Khairy mengingatkan mereka agar tidak menjadi 'pelancong' ke Rio.

Katanya kesemua mereka termasuk atlet olahraga diminta mempamerkan prestasi memberangsangkan dengan sekurang-kurangnya memperbaharui rekod kebangsaan atau memperbaiki catatan peribadi terbaik masing-masing.

"Walaupun kontinjen kita terdiri daripada 32 atlet, bukan semua disasarkan kemenangan pingat, ada yang layak tetapi memang saya percaya tidak menjadi sasaran untuk memenangi pingat.

"Harapan saya, walaupun sasaran bukan untuk memenangi pingat atau kedudukan podium, mereka harus buat yang terbaik di sana, sekurang-kurangnya dapat buat catatan peribadi terbaik. Saya tidak mahu mereka pergi ke sana sebagai pelancong," katanya.

Sebanyak 32 atlet akan menggalas cabaran negara pada Sukan Olimpik Rio de Janiero dari 5 hingga 21 Ogos.

Selain Chong Wei, Mohd Azizulhasni dan Pandelela, atlet lain ialah Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin dan Muhammad Ikram Joni (memanah); Fatehah Mustapa (basikal trek); Ooi Tze Liang, Ahmad Amsyar Azman, Cheong Jun Hoong, Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee (terjun); Khairulnizam Mohd Affendy dan Nur Shazrin Latiff (pelayaran).

Johnathan Wong (menembak); Welson Sim dan Phee Jinq En (akuatik); Nauraj Singh dan Zaidatul Husniah Zulkifli (olahraga); Heidi Gan (renang maraton), Mohd Hafifi Mansor (angkat berat); Danny Chia, Gavin Kyle Green, Kelly Tan dan Michelle Koh (golf).

Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Tee Jing Yi, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei dalam acara badminton.

Untuk rekod, kontinjen negara meraih pingat perak dalam acara badminton menerusi Chong Wei pada temasya 2008 di Beijing dan 2012 (London), manakala pingat gangsa di Sukan Olimpik London 2012 melalui Pandalela.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan