Perebutan Pingat Sukma Sarawak Semakin Rancak

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 8:51 PM

Atlet renang Selangor Nadia Redza beraksi dalam acara 400 meter Rampaian Individu Wanita sempena Sukma di Pusat Akuatik Sarawak pada Sabtu dan berjaya mengungguli acara ini dan meraih pingat emas. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Acara akuatik, renang dan terjun, yang membuka gelanggangnya di Pusat Akuatik Sarawak, Petra Jaya, membantu kontinjen Selangor melonjak kembali ke tangga kedua carta kedudukan pingat padahari kelima temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18, Sabtu.

Setakat ini, kontinjen itu mengumpul 11 pingat emas, 19 perak dan 19 gangsa untuk mengekori pendahulu, Wilayah Persekutuan dengan 12 emas, 10 perak dan tujuh gangsa.

Kontinjen Sarawak pula meraih 11 emas, tujuh perak dan 13 gangsa. Kontinjen Selangor meraih empat pingat emas dalam acara renang serta satu pingat lagi melalui atlet elit terjun negara, Chew Yi Wei dalam acara 3m Papan Anjal Lelaki.

Perenangnya, Caroline Chan Zi Xin, yang meraih pingat emas turut membaharui rekod Sukma miliknya iaitu 30.34 saat yang dicatat pada temasya Sukma Pahang pada 2012 dengan catatan masa baharu 30.18s.

Acara renang menyaksikan empat rekod Sukma diperbaharui khususnya dalamacara 100m kuak dada (lelaki dan wanita) dan 50m kuak lentang (lelaki dan wanita).

Saingan hari keenam menyaksikan tawaran pingat semakin bertambah dengan acara tenpin boling dan memanah membuka gelanggang masing-masing.

Sejumlah 37 pingat emas menjadi rebutan dengan acara akuatik (renang dan terjun) menawarkan 11 pingat emas, memanah (8), wushu (8), berbasikal (2), tenpin boling (2), badminton (2) dan angkat berat (2). -Bernama

Tags / Kata Kunci: Sukma Sarawak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan