Perasmian Sukma Ke-18 Berlangsung Penuh Gemilang

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 10:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING:  Hujan renyai di sini sejak petang yang membasahkan persekitaran Stadium Sarawak, langsung tidak menjejaskan kemeriahan majlis perasmian Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 pada Sabtu malam.

Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang menanti penuh sabaracara kemuncak pengisytiharan perasmian yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Sementara menunggu saat pengisytiharan itu, orang ramai disajikan dengan persembahan oleh beberapa artis terkenal, sebelum majlis bermula dengan kehadiran Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan isteri Puan Sri Jamilah Anu, diiringi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Ketibaan Abdul Taib dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi tepat 8.45 malam terus menggamatkan stadium dengan sorakan orang ramai, dan disusuli dengan percikan bunga api menghiasi ruang udara stadium. 




Upacara perasmian berlangsung dengan aturcara tradisi, menyaksikan lebih 5,000 atlet yang mengambil bahagian dalam temasya Sukma, berarak masuk ke dalam stadium untuk majlis menaikkan bendera Sukma XVII Sarawak 2016 dan lafaz ikrar.

Lebih 3,000 peserta mengambil bahagian dalam acara persembahan padang, menerangi kegelapan stadium dengan gemerlapan kilauan cahaya yang membentuk pelbagai formasi. 

Pelbagai persembahan dipaparkan bagi menggambarkan keunikan kepelbagaian etnik penduduk Sarawak ditampilkan dalam persembahan Sukma ke-18 yang bertemakan Perpaduan Dalam Kepelbagaian.

Sukma ke-18 menampilkan 24 acara, kebanyakan diadakan di Kuching, Kota Samarahan, manakala badminton serta bola tampar di Sibu, sementara karate serta sukan layar di Miri.

Kali terakhir Sarawak menjadi tuan rumah Sukma ialah pada 1990, dan muncul juara keseluruhan pada 1990, 1992 dan 1994, serta naib juara pada 1988, 1996,1998, 2000 dan 2004.




Majlis penutup pada 31 Julai ini, dijangka disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Sukma Sarawak , Perasmian

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan