Najib Ucap Selamat Bertanding Kepada Atlet Sukma 2016

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 5:25 PM

Menteri Belia, Sukan dan Soladariti Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong (tengah) menyaksikan penyerahan replika kunci sebagai simbolik perasmian Perkampungan Sukan Malaysia ke-18 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada Jumaat. Foto:Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat bertanding kepada semua atlet negara yang berentap dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-18, di Sarawak.

Perdana menteri dalam catatan terbaru di dalam Facebook dan Twitternya pada Sabtu juga berharap para atlet dari semua negeri bertanding dengan penuh semangat kesukanan dalam temasya sukan yang sedang berlangsung ketika ini. 

"Insya-Allah, malam ini akan berlangsung upacara perasmian Sukma 2016 di Sarawak. Kepada semua atlet dari semua negeri yang mengambil bahagian,bertandinglah dengan penuh semangat kesukanan.

"Semoga yang terbaik bertemu kejayaan. Selamat bertanding saya ucapkan,"katanya.

Sukma yang berlangsung dari 22 hingga 31 Julai ini akan menyaksikan sejumlah19 jenis sukan dipertandingkan di Kuching dan Samarahan, manakala Sibu menjadi gelanggang acara badminton dan bola tampar, selain Miri sebagai venue untuk karate, sepak takraw dan pelayaran.

Upacara pembukaan rasmi Sukma ke-18 di Stadium Sarawak, Petra Jaya Sabtu malam akan menampilkan lebih 3,500 penghibur dengan padang stadium bertukar menjadi skrin LED gergasi.

Majlis yang dijadulkan dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak TunAbdul Taib Mahmud itu akan menampilkan persembahan artis popular Malaysia yang meraih banyak anugerah seperti Hafiz dan Bob (bekas peserta AF), peserta pertandingan ratu cantik Miss World 2014, yang juga penyanyi dan model, Dewi Liana Seriestha serta pemain biola berbakat, Nisa Adina.

Sehingga Jumaat, Wilayah Persekutuan mendahului dengan mengumpul 11 pingat emas, lapan perak dan lima gangsa dan diikuti Sarawak dengan lapan emas, empat perak dan sembilan gangsa manakala Pulau Pinang berada di tangga ketiga menerusi lapan emas, tiga perak dan enam gangsa.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Sukma Sarawak , Perdana Menteri

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan