Cucu Tan Sri Alfred Jabu Curi Tumpuan Di Gelanggang Gimrama

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 11:13 PM

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang bersama cucunya Emilie Nara Zi Yi Jabu yang memenangi pingat gangsa dalam acara belantan gimrama individu pada Sukma ke-18 di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Rabu. Turut hadir isterinya Datuk Seri Empiang Jabu (kiri). Emilie memenangi gangsa dalam acara itu setelah mengutip 12.750 mata. Emas dimenangi Nur Naieme Zainul Ariffin dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengutip 15.000 mata. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Selain kejayaan skuad gimnastik berirama Wilayah Persekutuan menyapu bersih semua pingat emas ditawarkan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 di sini, aksi gimnas cilik tuan rumah, Emile Nara Zi Yi Jabu turut mencuri perhatian.

Gimnas cilik berusia 13 tahun itu adalah cucu kepada bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Dalam pertandingan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan itu, Alfred dan isterinya, Datuk Seri Empiang Jabu turut hadir untuk memberi sokongan moral kepada cucu mereka itu.

Pelajar Sekolah Persendirian St Joseph di sini, mula menceburi sukan gimrama  sejak berusia sembilan tahun.

Ketika ditemui Bernama, Emile berkata skuad gimrama Sarawak telah menjalani latihan sejak enam bulan lepas, termasuk dua bulan latihan intensif dalam persediaan untuk menghadapi Sukma kali ini.

"Saya tahu persaingan di sini sangat sengit dan kami semua terpaksa bersaing dengan gimnas dari Wilayah Persekutuan, Selangor dan Perak," katanya, yang menjadikan ketua jurulatih skuad gimrama Sarawak, Shaleen Tay sebagai idolanya.

Emile hari ini berkongsi pingat gangsa dalam aparatus belantan selepas mendapat 12.750 mata.
Untuk aparatus individu, Emile turut bertanding dalam acara bola dan gelung.

Sementara itu bapanya, Gerald Rentap Jabu, Ahli Dewan Undangan Negeri Layar, yang turut sama datang memberi sokongan moral, berkata beliau tidak keberatan untuk membenarkan anaknya menyertai skuad pelapis kebangsaan.

"Kalau sumbangan dia diperlukan oleh negara, itu tidak salah. Malah ia sesuatu yang membanggakan. Bagaimanapun, terpulanglah kepada dia," katanya.

Dalam pada itu Shaleen, yang juga bekas atlet kebangsaan berkata persaingan  gimrama begitu sengit, bagaimanapun gimnas Sarawak masih baharu dalam  temasya Sukma dan terpaksa berdepan dengan gimnas kebangsaan yang lebih  berpengalaman.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan