Yuhaizam Tidak Mahu Hilang Fokus, Elak Kesalahan Kecil

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 1:53 PM

Yuhaizam Yahya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet memanah paralimpik negara, Mejar Yuhaizam Yahya tidak mahu hilang fokus dan akan mengelak daripada membuat kesalahan kecil pada Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil, September ini.

Bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ini berkata untuk memperoleh kejayaan di pentas sukan dunia itu nanti, beliau harus memastikan pencapaiannya berada di peringkat terbaik atau sekurang-kurangnya sama seperti ketika dalam menjalani latihan.

"Kebanyakan atlet memanah memang sukar untuk melakukan persembahan yang baik seperti dalam waktu latihan mereka. Sedikit sahaja hilang fokus, panahan terus tidak menjadi, itulah yang saya akan cuba elak," katanya.

Atlet kelahiran Kamunting, Perak ini menjelaskan persiapannya ketika ini berjalan lancar dan latihan diteruskan seperti biasa sehingga Paralimpik bermula.

"Buat masa ini, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) bekerjasama dalam mempersiapkan saya dari segi mental dan fizikal," kata Yuhaizam.

MSN membantu dalam soal penyediaan kelengkapan peralatan untuk memanah, jelasnya sambil mengakui masih terkejut dengan kejayaan menempatkan diri ke temasya sukan terulung dunia itu.

Pemanah berusia 45 tahun ini berkata beliau turut memanjangkan waktu latihan daripada tujuh jam kepada sembilan jam sehari.

Pada Isnin, Yuhaizam meraih tiketnya ke temasya sukan itu dalam acara compound individu lelaki atas tiket bipartite, iaitu kelayakan berdasarkan ranking dan pencapaian atlet di peringkat antarabangsa.

Setakat ini 15 atlet negara daripada lapan acara sukan telah layak ke Paralimpik 2016 dari 7 hingga 18 September ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan